awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM reman 12 polis lindungi lori lebih muatan di Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2020
04:35 MYT
SPRM reman 12 polis lindungi lori lebih muatan di Pulau Pinang
Kesemua 12 pegawai polis itu dibawa oleh SPRM dengan menaiki dua kenderaan dan tiba di perkarangan mahkamah pada jam 10.30 pagi. Astro AWANI
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman selama tujuh hari terhadap 12 pegawai polis dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Kesemua pegawai polis itu dipercayai terlibat dalam kes melindungi pemandu lori lebih muatan.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan, Nur Fadrina Zulkhairi.
Tindakan diambil mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Terdahulu, kesemua mereka dibawa SPRM menggunakan dua buah kenderaan dan tiba di perkarangan mahkamah pada jam 10.30 pagi.
Mereka kemudiannya meninggalkan kompleks mahkamah pada jam 12 tengah hari.
BACA: Enam lagi penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah
BACA: Rasuah: 18 lagi pegawai, penguatkuasa JPJ Pulau Pinang didakwa mulai esok
BACA: Lori kebal: Seorang penolong penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah
BACA: Sindiket 'lori kebal': 22 lagi penguat kuasa JPJ ditahan SPRM
Pada Selasa, SPRM menahan 12 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam kegiatan meminta rasuah bagi melindungi pemilik syarikat yang melanggar kesalahan jalan raya dan lain-lain kesalahan di sekitar Pulau Pinang.
Malah, mereka juga turut dikesan membocorkan maklumat operasi yang akan dan sedang dilaksanakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesemua mereka yang berusia antara 31 dan 59 itu ditahan sekitar jam 9 pagi hingga 5.55 petang Isnin di lapan lokasi berasingan sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Putrajaya.
Pada April 2019, sekurang-kurangnya 75 penguat kuasa dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di utara tanah air ditahan SPRM selepas disyaki menerima rasuah bagi melindungi pemandu lori lebih muatan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#lebih muatan
#lori kebal
#pegawai JPJ
#pemandu lori
#penguat kuasa
#polis
#polis trafik
#reman
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan