Pendakwa Raya Tommy Thomas bukan lagi terlibat dalam kes dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes 1MDB.

Melalui sebuah kenyataan media, Tommy Thomas berkata beliau akan mengundur diri sebagai ketua pendakwa raya dalam kes tersebut, dan telah melantik Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, beliau juga mengumumkan pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan yang dijangka membantu Datuk Sulaiman dalam kes pendakwaan itu.

BACA: Peguam Negara Tommy Thomas tarik diri dalam kes rasuah Lim Guan Eng

BACA: 1MDB: Keterangan Najib dirakam di bawah Amla

Tommy menyatakan bahawa beliau tidak boleh menggabungkan kesemua komitmen tugas yang beliau sandang sekarang, dan dalam masa yang sama membuat persediaan untuk mengendalikan perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak.


Sulaiman merupakan salah seorang peguam terkemuka negara, yang berpengalaman luas dalam undang-undang jenayah, temasuklah jenayah kolar putih.

Sri Ram, yang merupakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, telah kembali mengamalkan bidang kepeguaman secara aktif. Beliau berpengalaman luas dalam hal-hal perundangan jenayah.

Tommy mengesahkan bahawa kedua-dua Sulaiman dan Sri Ram akan melakukan kerja-kerja pendakwaan secara 'pro-bono' atau sukarela tanpa dibayar apa-apa gaji.