Lasak, adil dan berjiwa rakyat menggambarkan keperibadian Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.
Sultan Abdullah sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat, suatu nilai yang diwarisi daripada ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar.
Keprihatinan Sultan Abdullah dapat dilihat dengan jelas bila mana setiap kali mendengar rakyat ditimpa bencana, baginda dan isteri Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan segera mencemar duli untuk bertanya khabar, memberi kata-kata semangat dan mengurniakan sumbangan peribadi.
Malah Sultan Abdullah yang memasuki usia 60 tahun pada tahun ini, seringkali 'tidak menang tangan' terutama ketika berlaku bencana banjir kerana baginda sebolehnya mahu memastikan semua daerah terlibat tidak terlepas daripada perhatian baginda.
BACA: Sultan Pahang sah YDP Agong baharu
Sultan Abdullah juga merupakan figura yang tidak asing dalam sukan tanah air terutama bola sepak kerana selain handal beraksi di padang, aspek kepimpinan Seri Paduka dalam sukan tersebut cukup terserlah.
Pada masa ini, Sultan Abdullah merupakan Anggota Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA selain pernah menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Minat mendalam terhadap sukan bukan hanya dizahirkan dalam bola sepak, namun juga diperlihatkan dalam sukan hoki dan polo, yang mana baginda pernah menerajui pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polio Club, England selain mengambil bahagian pertandingan antaranya di Singapura, Amerika Syarikat, Argentina, Sepanyol, Belgium dan Manila, Filipina.
Sultan Abdullah merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung kepada Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad itu diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dekat sini.
Baginda menerima pendidikan awal prasekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis pada 1965, sebelum menyambung persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan (1966-1969) dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas, Kuantan serta pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas (1970-1974).
Sultan Abdullah terkenal dengan disiplin yang tinggi hasil didikan di The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom (UK) selama setahun bermula 1978, yang mana komitmen baginda membolehkan baginda dilantik sebagai Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England dengan menerima pentauliahan oleh Queen Elizabeth II pada tahun 1980.
Baginda yang merupakan Kapten bagi pasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia, dan pada 1 Mei 1999 telah dilantik menjadi Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah, dan menjadi Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 Jun 2000 serta menjadi Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 April 2004.
Dari aspek kepimpinan negeri, daya kepimpinan baginda 'diuji' buat kali pertama apabila dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 untuk tempoh lima tahun selepas ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-VII sebelum sekali lagi dilantik pada 28 Dis 2016.
Sultan Abdullah mendirikan rumahtangga dengan rumahtangga dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, 59, pada 6 Mac 1986.
Baginda memiliki sembilan orang cahaya mata.
Bernama
Thu Jan 24 2019
Sultan Abdullah merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung kepada Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad itu diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dekat sini. - Gambar fail
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand
Skuad Bawah 23 Tahun ebangsaan bertekad untuk bangkit semula bagi melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 AFF esok.
Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan?
AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya.
AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.
B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.
AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.
Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Skuad B23 negara terpaksa berdepan satu lagi kekecewaan apabila kecundang 2-0 di tangan Laos dalam saingan Kejohanan AFF B23, sebentar tadi.
Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia
Skuad futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 dari 3 hingga 12 April ini.
FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.
AFF B-23: Malaysia dikejutkan Laos
Keputusan luar jangka itu menyaksikan skuad bimbingan Brad Maloney menempah laluan sukar untuk mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan.