Tutup

Sultan Johor terima peletakan jawatan Osman, bakal lantik MB baharu esok

Sultan Johor terima peletakan jawatan Osman, bakal lantik MB baharu esok
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar.

Menurut kenyataan dari Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani, Tuanku juga berkenan melantik Menteri Besar Johor yang baharu esok, di Istana Serene.
“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, juga telah berkenan untuk melantik Menteri Besar yang baharu dan Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar akan diadakan pada hari Ahad, 14 April 2019, jam 9.30 pagi di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene,” menurut kenyataan itu lagi.


BACA: Kemelut isu Menteri Besar Johor, dan cerita di sebaliknya

Peletakan jawatan Osman berkuatkuasa Isnin lepas (8 April) diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Osman, 67 tahun, Menteri Besar Johor ke-16, dipercayai menteri besar paling singkat tempoh perkhidmatannya, kurang daripada 11 bulan selepas mengangkat sumpah jawatan pada 12 Mei tahun lalu berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.





Tag: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Johor terima peletakan jawatan Osman, lantik MB baharu, Menteri Besar Johor, Osman Sapian



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.