awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek cabul dan liwat tiga pelajar sekolah di Ipoh ditemui mati - Polis

Mohammad Shafiq Mohd Noordin
Mohammad Shafiq Mohd Noordin
27/07/2017
03:53 MYT
Suspek cabul dan liwat tiga pelajar sekolah di Ipoh ditemui mati - Polis
Menurut polis, mayat lelaki yang merupakan jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak sekolah itu dijumpai pekerja hotel pada jam 5.40 petang Selasa. - Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 52 tahun yang merupakan suspek kes cabul dan liwat tiga pelajar sebuah sekolah di sini ditemukan mati dipercayai menggantung diri di dalam sebuah bilik hotel di sini pada petang Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, mayat lelaki yang merupakan jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak sekolah itu dijumpai pekerja hotel pada jam 5.40 petang.
Menurut beliau, sehari sebelum kejadian itu (Isnin) tiga pelajar berusia 14 hingga 15 tahun telah membuat laporan polis mendakwa lelaki berkenaan telah meliwat dan mencabul mereka.
BACA JUGA: Penjaga kolam udang mengaku bersalah liwat dua anak tiri
BACA JUGA: Guru duda dikatakan liwat pelajar lebih 50 kali direman tujuh hari
BACA JUGA: Padah rogol dan liwat, operator kilang dihukum penjara 24 tahun, 20 sebatan
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku mulai Mei 2016 hingga Mac 2017 di rumah suspek dan bilik hotel.
“Suspek akan memberi sebiji pil kepada mangsa dengan alasan untuk membesarkan badan, selepas menelan pil itu mangsa separuh sedar.
“Suspek akan meliwat dan menghisap kemaluan mangsa dan selepas kejadian itu mangsa akan dibawa untuk membeli barang seperti telefon bimbit, baju, seluar dan kasut,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Tambah beliau siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rakan-rakan pelajar terbabit yang dipercayai turut menjadi mangsa dalam kejadian sama.
Mayat lelaki yang telah bekerja bersama sekolah berkenaan selama 10 tahun itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#gantung diri
#kemaluan
#liwat
#mangsa
#mati
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan