awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 maut bas bertembung lori di Brazil
'Biar UMNO jadi pembangkang, kita rampas kembali kerajaan pada PRU16' - Akmal Saleh
Keluar pandangan demi kepentingan rakyat, elak polemik tidak perlu - Kamil Munim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes video viral 'kenduri kepala kambing' direman empat hari

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/03/2020
06:30 MYT
Suspek kes video viral 'kenduri kepala kambing' direman empat hari
Suspek utama dipercayai merakam video berkenaan manakala seorang lagi dipercayai penganjur majlis kenduri itu. - Foto Astro AWANI

Seorang lelaki dipercayai suspek kes video viral 'kenduri kepala kambing' direman empat hari. Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret, Alor Setar pagi tadi. Majistret, Eliana Ismail membenarkan tahanan reman keatas suspek bermula hari ini sehingga 24 Mac untuk membantu siasatan. BACA: Kenduri kepala kambing: Perakam video, penganjur akan dikenakan tindakan Suspek bersama seorang lelaki yang dipercayai penganjur majlis kenduri ditahan di rumah mereka di Langgar, Alor Setar kira-kira jam 5.15 petang Jumaat. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, setelah soal siasat serta keterangan direkodkan malam tadi seorang lagi suspek berusia 60 tahun yang juga penganjur majlis dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi.

Semalam polis menahan dua lelaki berusia 45 dan 60 tahun untuk membantu siasatan kes video tular membabitkan individu yang mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan dengan menikmati kenduri termasuk makan kepala kambing di sebuah kampung di Langgar, Kedah.

Suspek utama dipercayai merakam video berkenaan manakala seorang lagi dipercayai penganjur majlis kenduri itu.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (2) (Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(PPPB) 2020, Seksyen 7(1) PPPB 2020, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Topic Berkaitan
#Alor Setar
#coronavirus
#COVID19
#Kedah
#kenduri kepala kambing
#koronavirus
#Mahkamah Majistret
#Malaysia
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan