Tiga suspek lelaki yang dipercayai membelasah seorang pemandu ambulans Isnin lalu telah ditahan direman bermula hari ini sehingga 22 Dis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Razlam Ab Hamid berkata, ketiga-tiga suspek berusia di antara 17 hingga 20 tahun itu diserahkan oleh keluarga mereka di Ibu Pejabat Daerah Polis di sini pada lewat malam semalam.
"Dua suspek bekerja dan seorang lagi merupakan pelajar sekolah di Bagan Serai.
"Kita masih lagi dalam tindakan untuk mengesan suspek lain dan siasatan lanjut akan dilaksanakan," ujarnya.
Dalam kejadian awal pagi Isnin itu, seorang pemandu ambulans menerima empat jahitan di bahagian kening selepas dibelasah sekumpulan mat rempit berdekatan Plaza Tol Kamunting arah utara.
Ia dipercayai mangsa dipukul gara-gara menegur sekumpulan remaja terbabit yang berlumba di lebuhraya PLUS.
Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
BACA: Tiga mat rempit belasah pemandu ambulans dikenal pasti - Polis
Nazialita Geynna Maharan
Tue Dec 19 2017
Mangsa menerima empat jahitan di kening selepas dibelasah sekumpulan mat rempit Isnin lalu. - Astro AWANI
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.
Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV
Seorang wanita mengandung berhadapan detik cemas selepas ambulans yang mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak terbalik, selepas dirempuh sebuah SUV di Kuching, pagi Selasa.