Seorang lelaki yang juga suspek terakhir kes bakar kenderaan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Mac lalu ditahan dalam satu serbuan di Kuala Ketil, Kedah pada pagi Sabtu.

Menurut Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd suspek yang digelar ‘Mee Tomoi’ itu direman empat hari untuk membantu siasatan.

Suspek berusia 48 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Dalam serbuan di rumah suspek kira kira jam 4 pagi, polis turut merampas seunit telefon bimbit berserta dua kad sim dan memori miliknya.

Pemeriksaan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dikenakan tindakan mahkamah.

BACA: Peniaga pasar malam didakwa bakar kereta Mufti Perlis

BACA: Suspek utama kes bakar kereta Mufti diberkas, seorang lagi diburu

Dalam kejadian kira kira jam 5.45 pagi 22 Mei lalu, kenderaan jenis kereta Honda Accord digunakan Dr Mohd Asri dibakar.

Manakala cermin bahagian depan dan belakang kenderaan terbabit dipecahkan oleh beberapa lelaki di rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan, Seriab, Perlis

Lima suspek ditahan manakala seorang daripadanya telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar.