Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kes membakar kenderaan rasmi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Selasa lepas.
Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kediamannya di Kangar.
Beliau berkata polis kini mengesan seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Mie Tomoi, yang disyaki turut terlibat dalam kejadian itu.
“Lima orang telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan kesemua mereka sedang direman,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Noor Mushar berkata siasatan awal polis mendapati dua daripada lelaki yang disyaki terlibat dalam kes itu turut terlibat dalam kejadian mencederakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan pada September lepas.
Dalam kejadian 5.45 pagi pada 22 Mac lepas, kereta jenis Honda Accord berwarna hitam milik Mohd Asri terbakar di bahagian enjin serta tayar depan sebelah kiri manakala cermin belakang dan depan dipecahkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2019
Dalam kejadian 22 Mac lepas, kereta jenis Honda Accord berwarna hitam milik Mohd Asri terbakar di bahagian enjin serta tayar depan sebelah kiri manakala cermin belakang dan depan dipecahkan. - Gambar media sosial
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Kedutaan Sweden di Iran, Iraq dibanjiri protes
Ia susulan insiden membakar kitab suci al-Quran di luar masjid di Stockholm pada Rabu oleh seorang pelampau di Sweden.
Lelaki didakwa bunuh kekasih hamil
Tertuduh bertindak membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di sebuah kebun kelapa sawit 22 Mei lalu.
Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung
Tempoh reman berakhir Isnin itu disambung kerana masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Turkiye kutuk tindakan cemar al-Quran, bendera di Denmark
Insiden itu yang dilakukan semasa bulan suci Ramadan.
ISESCO kecam tindakan bakar al-Quran di Stockholm
ISESCO pada Ahad mengecam "tingkah laku biadab" membakar naskhah al-Quran oleh pelampau di Stockholm.
Polis buru lelaki bakar mesin ATM
Siasatan awal mendapati suspek telah memasuki ke dalam bilik menempatkan ATM berkenaan sebelum menyalakan api.
Petua makan bawang putih ubati sakit kaki, tumit dan angin dalam badan
Salah satu petua untuk kekal sihat adalah menggunakan bawang putih.
Lebih 30 penduduk kampung termasuk kanak-kanak dibunuh, dibakar
tentera Myanmar mendakwa mereka terpaksa melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pengganas yang lengkap bersenjata di kampung tersebut.
Polis siasat kejadian Al-Quran dibakar di Kluang
Polis sedang menyiasat kejadian senaskah al-Quran yang dibakar dan dijumpai di Tasik Taman Sri Impian.
2,500 tanduk badak sumbu dibakar sempena Hari Badak Sumbu Sedunia
Tindakan tersebut dilakukan bagi memberi mesej yang jelas bahawa kerajaan tempatan menentang keras kegiatan pemburuan haram.