“MAK…. Abah…. Daniel dan nenek sihat-sihat sahaja.
“Mak dan abah jangan risau, cuma…,” nada sebak Daniel mula kedengaran.
“Cuma Daniel rindu sangat kat mak dan abah.
“Daniel yakin mak dan abah Daniel hidup lagi, walaupun Daniel tak pernah kenal rupa mereka,” rintih Daniel yang ditemui penulis baru-baru ini.
Mohd Daniel Sharil Hafiz Jeffri kini berusia 12 tahun (nota: anak kecil ini hanya kenal nama bapanya sebagai Jeffri; nama ibunya pula hanya Tuhan yang lebih mengetahui.)
Kebiasaannya, kanak-kanak seusianya pasti sedang mengikuti kelas untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Namun itu tidak berlaku buat adik Daniel.
“Daniel ada gambar mak dan abah?
“Tak ada,” Jawab Daniel ringkas.
“Nenek pernah cerita pada Daniel tentang mak atau abah?
“Nenek tidak pernah cerita dan Daniel tak ada surat beranak, sebab itu Daniel tak pernah tahu nama mak Daniel,” ujarnya dalam nada sayu.
“Daniel bukan anak yatim, bang. Daniel yakin Daniel bukan anak yatim.
“Tapi kenapa mak dan abah tinggalkan Daniel.
“Apa salah Daniel, bang?
“Daniel kecil lagi, bang. Daniel nak rasa seperti orang lain yang ada mak dan abah,” semakin kuat esakan Daniel.
Penulis hampir menamatkan temu bual kerana tidak sanggup melihat titisan air mata kanak-kanak itu yang begitu berharap akan kehadiran ibu dan ayahnya sejak dia berusia 4 tahun.
Penulis hanya mampu meminjamkan seketika pelukan buat si anak ini melepaskan hiba.
Penulis sedar tiada yang lebih bermakna buat seorang anak selain tangisan di bahu seorang ibu yang melahirkan dan seorang ayah yang membesarkan dengan kasih sayang.
Apa pun sambutan Ramadan dan Syawal 1438 Hijrah bagi Daniel sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tiada adik-beradik mahupun saudara mara yang berkunjung bertanyakan khabar.
“Daniel pernah ada keluarga angkat tapi sekarang tidak lagi,” sambung Daniel.
“Daniel pernah kena duduk balai polis tahun lepas sebab tiada surat beranak.
“Sekarang Daniel tinggal bersama nenek semula dan ada keluarga angkat baru.
“Daniel nak ucap terima kasih pada mereka sebab sudi jaga Daniel,” ujarnya sambil menggalas beg untuk ke sekolah yang menempatkan kanak-kanak fitrah senasibnya termasuk anak-anak jalanan.
“Mereka (anak-anak gelandangan) ada mak dan abah. Walaupun susah, mereka ada mak dan abah.
“Nenek dah tua,” ratap Daniel lagi.
Jauh di sudut hati penulis, jika ini adalah anak yang telah lama dicari, mungkin pelukan mesra penuh kesyukuran bakal diberikan kepada Daniel.
Jika ini adalah saudara, mungkin tempat berteduh yang bakal diberikan.
Namun jika rayuan ini tidak didengari ibu dan ayah sebenar Daniel, apa bakal berlaku kepada Daniel yang semakin hari semakin buntu dek tekanan perasaan.
Layakkah dia untuk semua ini?
“Daniel, jika benar janji Tuhan, Daniel pasti akan bertemu mak dan abah Daniel,” pujuk penulis.
“Insya-Allah, bang. Daniel nak belajar rajin-rajin. Bila Daniel dah besar, Daniel nak cari mak dan abah. Daniel rindu pada mereka.
“Daniel dah tak tahan hidup begini, bang,” tangis Daniel mengakhiri perbualan.
EPISOD Syah Kaki Lima sempena Ramadan membawakan kisah Daniel yang zahirnya seperti kanak-kanak biasa yang bakal menjengah usia remaja, namun di sebaliknya menyimpan cerita duka pencarian kedua-dua ibu bapanya.
Ikuti kisah adik Daniel seterusnya dalam Syah Kaki Lima:
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sun Jun 11 2017
Daniel zahirnya seperti kanak-kanak biasa yang bakal menjengah usia remaja, namun menyimpan cerita duka tentang pencarian kedua-dua ibu bapanya. -Astro AWANI
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Demi kekasih, ibu durjana tergamak biar dua anak perempuan dirogol
Nasib malang menimpa kedua-dua anak kecil itu apabila Christin bertindak menghantar video dan gambar lucah anak perempuannya itu.
#SyahKakiLima: Mak, abah... kenapa tinggalkan Daniel?
"Insya-Allah, bang. Daniel nak belajar rajin-rajin. Bila Daniel dah besar, Daniel nak cari mak dan abah. Daniel rindu pada mereka."