Syarikat yang didapati menyalahgunakan pelatih dan graduan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) akan disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang.
Ketua Sekretariat SL1M, Norashikin Datuk Ismail menggesa pelatih dan graduan SL1M untuk menghubungi pihaknya dan membuat aduan sekiranya mendapati mana-mana syarikat mengambil kesempatan terhadap mereka.
"Syarikat-syarikat ini tahu graduan SL1M amat memerlukan pekerjaan, jadi mereka yang tidak bertanggungjawab ini menyalahgunakan SL1M dan mengarahkan pelatih untuk melaksanakan pekerjaan seperti kemasukan data.
"Pelatih yang dibayar elaun RM1,000 sebulan juga terpaksa dipotong atas alasan untuk dibayar kepada syarikat.
"Ini adalah satu kesalahan," katanya.
Jelas Norashikin, SL1M adalah program yang percuma dan pelatih tidak perlu membuat sebarang bayaran kepada mana-mana pihak.
"Jika ada graduan SL1M yang rasa mereka disalahgunakan, tolong beritahu kami.
"Jangan mengadu di media sosial, jangan mengadu dengan cara tidak betul. Hubungi kami, dan kami akan siasat syarikat-syarikat tersebut," kata Norashikin.
Katanya lagi, sekiranya syarikat yang terlibat adalah dari agensi pekerjaan, pihaknya akan siasat dan lesen syarikat itu boleh dibatalkan kerana mengambil duit secara tidak sah.
Sejak dua bulan lepas, terdapat pelatih dan graduan SL1M yang menyuarakan ketidakpuasan hati menerusi media sosial.
Menurut Norashikin, pihaknya sudahpun menghubungi mereka untuk penjelasan, dan setakat ini 10 pelatih SL1M sudah membuat laporan secara rasmi.
Tegasnya, program SL1M adalah khusus bagi mendedahkan pelatih dan graduan kepada dunia pekerjaan serta melengkapkan lagi mereka dengan kemahiran terhadap permintaan industri.
Bagi tahun 2017, SL1M sudah menjelajah ke enam zon termasuk Sabah dan Sarawak bagi Program Temu Duga Terbuka SL1M, dan lokasi terakhir akan dijalankan di Zon Barat pada 23 dan 24 September ini.
Program yang diadakan selama dua hari ini akan bermula seawal jam 7:30 pagi sehingga 6 petang di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Menurut Norashikin, sebanyak 11,000 jawatan kosong akan ditawarkan pada program tersebut dari pelbagai sektor.
Antara aktiviti yang diadakan termasuk, sesi temu duga terbuka untuk semua peringkat kelulusan, sesi motivasi dan berhibur bersama selebriti, ceramah agama, gerai jualan dan pameran serta jualan kraftangan OKU dan Orang Asli.
Dania Zainuddin
Mon Sep 11 2017
NORASHIKIN: Pelatih dan graduan SL1M digesa menghubungi pihaknya dan membuat aduan sekiranya mendapati mana-mana syarikat mengambil kesempatan terhadap mereka. - Gambar fail
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Syarikat salah guna pelatih SL1M akan diambil tindakan
Pelatih dan graduan SL1M untuk membuat aduan sekiranya mendapati mana-mana syarikat mengambil kesempatan terhadap mereka.