awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak perlu mansuh SOSMA - Mohamad Sabu

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/10/2019
04:10 MYT
Tak perlu mansuh SOSMA - Mohamad Sabu
MOHAMAD SABU: "-SOSMA tidak perlu dimansuhkan. Pandangan saya ia perlu dibaiki dari semasa ke semasa sebab SOSMA boleh disalahguna." - Gambar fail/Astro AWANI
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berpandangan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak seharusnya dimansuhkan.
Sebaliknya, beliau menegaskan, akta itu perlu dipinda dan ditambah baik supaya tidak disalahguna.
“SOSMA tidak perlu dimansuhkan. Pandangan saya ia perlu dibaiki dari semasa ke semasa sebab SOSMA boleh disalahguna.
“Dahulu ia digunakan terhadap Maria Chin (PH-Petaling Jaya) yang hanya terlibat dalam perhimpunan Bersih.
“Bagi kita tindakan seperti itu tidak berpatutan. Walaupun begitu, SOSMA perlu dikemaskini,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini. BACA: LTTE: Tun Mahathir berpuas hati dengan tindakan polis
BACA: Isu LTTE: Polis sila tumpu pada siasatan, jangan putar belit kenyataan pemimpin negara - Guan Eng
Beliau berkata demikian ketika diminta reaksi berhubung beberapa individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan dibawah SOSMA kerana dipercayai terlibat dengan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, pindaan terhadap akta itu masih diperingkat perbincangan dan akan dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Mengulas berkenaan tangkapan yang dilakukan polis berhubung kegiatan LTTE, Mohamad hanya berharap supaya badan penguatkuasa itu mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Bersih
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#keselamatan
#Maria Chin
#Mohamad Sabu
#Parti Amanah Negara
#perhimpunan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan