awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak kaki gajah pygmy dipotong, hanya 30 peratus bahagian badan ditemui

Radhi Muslim
Radhi Muslim
04/11/2019
22:01 MYT
Tapak kaki gajah pygmy dipotong, hanya 30 peratus bahagian badan ditemui
Orang awam yang terlihat bangkai gajah itu terapung membantu menariknya ke atas tebing.
Bedah siasat ke atas gajah pygmy Borneo yang ditemui mati terapung di Sungai Kinabatangan, berdekatan Kampung Batu Puteh, selesai dijalankan pada petang Isnin.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, hanya tinggal 30 peratus bahagian badan gajah itu ditemui ketika bedah siasat dijalankan.
Menurutnya, bahagian yang ditemui adalah tulang pinggul hingga ekor serta kaki depan kiri dan kanan.
“Namun, tapak kaki haiwan itu sudah tiada, disyaki dipotong. Selain itu, terdapat kulit bahagian belakang gajah terbabit.
“Manakala, anggota selebihnya tidak ditemui,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Terdahulu pada Ahad, bangkai gajah pygmy itu ditemui terapung di Santuari Hidupan Liar Lot 7, Sungai Kinabatangan oleh orang awam yang kemudiannya membantu menarik bangkai itu ke atas tebing.
Ia merupakan penemuan ketiga bangkai gajah di negeri ini untuk tahun ini.
BACA: Menyedihkan... Bangkai ketiga gajah pygmy ditemukan di Kinabatangan
VIDEO: Bangkai ketiga gajah pygmy ditemui di Sungai Kinabatangan
Sementara itu, Bernama melaporkan, kedua-dua pergelangan kaki belakang bangkai gajah pygmy berkenaan didapati dipotong dengan objek tajam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Dzulbaharin Ismail dipetik berkata, bedah siasat bagaimanapun sukar menentukan jenis alat pemotong yang digunakan dan sama ada ia dilakukan sebelum atau selepas haiwan itu mati.
"Veterinar daripada JHL Sabah Dr Bong Ai Yin mengatakan bangkai gajah itu mungkin hanya tinggal lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan gajah kerana selebihnya telah tiada dipercayai dimakan oleh buaya atau biawak," katanya.
Dzulbaharin berkata bedah siasat yang diketuai oleh Dr Bong bersama dua pegawai daripada Unit Penyelamat Hidupan Liar ke atas bangkai itu mendapati gajah berkenaan telah mati kira-kira seminggu lepas.
Katanya setakat ini punca kematian gajah itu masih belum dapat dipastikan dan empat sampel sel diambil daripada otot dan kulit gajah berkenaan untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian analisa.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 25(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan akan diklasifikasikan semula setelah laporan bedah siasat penuh diperolehi," katanya.
Topic Berkaitan
#Augustine Tuuga
#bedah siasat
#gajah
#gajah pygmy borneo
#Kinabatangan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan