awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tender RM300 juta: Arkitek GLC ditahan reman

Bernama
Bernama
01/07/2018
04:04 MYT
Tender RM300 juta: Arkitek GLC ditahan reman
Lelaki yang berusia 42 tahun itu ditahan jam 1.30 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - Gambar hiasan
Seorang arkitek Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewangan tender bernilai RM300 juta.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Raslan di Mahkamah Majistret di sini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu suspek tiba di perkarangan mahkamah di sini kira-kira pukul 10 pagi berpakaian lokap SPRM berwarna oren sambil tangan bergari.
Perintah reman bermula hari ini hingga 5 Julai itu dikeluarkan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Lelaki yang berusia 42 tahun itu ditahan jam 1.30 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Suspek merupakan individu kedua ditahan di dalam kes itu.
Pada 28 Jun, Ketua Pegawai Eksekutif GLC bergelar Datuk ditahan reman selama tiga hari dan dibebaskan semalam.
Berdasarkan laporan awal, lelaki tersebut yang pernah bertugas sebagai arkitek di GLC berkenaan dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi memanipulasi beberapa kos proses projek pembinaan.
Tambah sumber lagi, projek yang dianugerahkan kontraktor menerusi proses tender disabotaj menyebabkan ia gagal dilaksanakan sebelum diberikan kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan arkitek terbabit, dan dikatakan dirancang lebih awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#arkitek
#GLC
#kerajaan
#Kontraktor
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#pembinaan
#penyelewangan
#projek
#Putrajaya
#Rasuah
#reman
#sabotaj
#siasatan
#SPRM
#suspek
#syarikat berkaitan kerajaan
#tender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan