Tutup

Terengganu mungkin terima tempias Taufan Kammuri - APM

Terengganu mungkin terima tempias Taufan Kammuri - APM
Che Adam melakukan pemantauan di Pantai Seberang Takir malam tadi. - Astro AWANI
KUALA NERUS: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu tidak menolak kemungkinan angin kencang serta ombak besar yang melanda negeri itu adalah tempias daripada Taufan Kammuri yang membadai Filipina.

Pengarahnya Lt Kol Che Adam A Rahman bagaimanapun berkata, kesan taufan itu tidak dijangka mengakibatkan banjir besar sekiranya keadaan cuaca beransur pulih.

Namun, pihaknya sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan sepanjang monsun timur laut ini.

"Kajian analisa daripada METMalaysia mendapati, ia mencapai ke Laut China Selatan agak melemah, dan sedikit (kemungkinan) implikasi (angin Taufan Kammuri) berkenaan, sehingga melanda ke perairan negara kita.
"Dijangkakan keadaan ombak setinggi hingga mencapai 4.5 meter dan angin berkelajuan di antara 50 dan 60 kilometer sejam di sepanjang pantai Terengganu, Kelantan dan juga Pahang," katanya.

BACA: Banjir Terengganu bertambah buruk, dua lagi daerah dinaiki air
VIDEO: Keadaan banjir di Terengganu beransur pulih 

Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika melakukan pemantauan di Pantai Seberang Takir pada Rabu.

BACA: Taufan landa Filipina, Dr Mahathir harap kontinjen Sukan SEA Malaysia tabah

BACA: Beberapa acara Sukan SEA 2019 ditunda akibat Taufan Kimmuri

Che Adam berkata, angin kencang dan laut bergelora itu dijangka melanda sehingga 10 Disember seperti amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Rabu.

Terdahulu, Taufan Kammuri membadai beberapa wilayah di Filipina dan turut mengakibatkan kediaman musnah, bekalan elektrik terputus serta ratusan orang awam diarahkan berpindah.

VIDEO: Taufan Kammuri terus melanda Filipina

VIDEO: Sukan SEA 2019: Taufan Kammuri jejas latihan atlet negara