Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Terima kasih kepada mereka yang berada di barisan hadapan - Tun Mahathir

Terima kasih kepada mereka yang berada di barisan hadapan - Tun Mahathir
Dr Mahathir yang memuat naik video berdurasi 1 minit 38 saat menerusi akaun media sosial rasminya itu juga sempat berkongsikan khabarnya kepada rakyat Malaysia yang kini berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. - Facebook @TunDrMahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas di barisan hadapan yang sentiasa memastikan rakyat berada dalam keadaan selamat.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang di barisan hadapan pegawai-pegawai hospital, polis, tentera dan lain-lain yang terpaksa menjalankan tugas supaya kita terselamat, kepada mereka kita ucap terima kasih,” jelasnya.
Dr Mahathir yang memuat naik video berdurasi 1 minit 38 saat menerusi akaun media sosial rasminya itu juga sempat berkongsikan khabarnya kepada rakyat Malaysia yang kini berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu.

“Saya sedang menjalani kuarantin, berkurung di rumah, amat membosankan tetapi saya cubalah nak kurangkan perasaan itu dengan membaca buku, menulis dan sebagainya.
“Saya juga melihat video, cerita-cerita yang ada. Jadi, walaupun teruklah nak duduk di rumah sampai berhari-hari, bosan tetapi apa boleh buat," kata beliau.

Beliau juga menitipkan kata-kata nasihat buat orang ramai agar sentiasa mematuhi protokol yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Kalau kita tidak buat macam ini, penyakit ini akan merebak dan ramai juga akan meninggal dunia. Sebab itu kita janganlah tolak arahan dan kita bergerak sana-sini seperti keadaan biasa.

“Ini akan menyebabkan penyakit ini berterusan dan lebih ramai yang akan meninggal,” jelasnya lagi.


Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah disahkan negatif terhadap jangkitan COVID-19.

Keputusan kesihatan negarawan berusia 95 tahun itu telah dikongsikan oleh pembantu rapatnya pada Ahad.

BACA: Tun Mahathir negatif COVID-19

B
ACA: 
COVID-19: Enam kawasan dilabel sebagai zon merah


Tag: Mahathir Mohamad, rakyat Malaysia, terima kasih, bekas Perdana Menteri



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.