awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thaipusam: Kebimbangan koronavirus, petugas perubatan siap sedia

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/02/2020
04:31 MYT
Thaipusam: Kebimbangan koronavirus, petugas perubatan siap sedia
Pusat Operasi Kesihatan berdekatan Kuil Sri Subramaniam Swammy, Batu Caves mula beroperasi sejak Jumaat. - Astro AWANI
Jangkitan koronavirus yang menjadi ancaman dunia sejak kebelakangan ini tidak menjejaskan sambutan Thaipusam tahun ini.
Ini kerana, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merangka pelan untuk memastikan langkah berjaga-jaga diambil bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Di Batu Caves, Pusat Operasi Kesihatan disediakan, menempatkan 19 orang petugas perubatan termasuk dua doktor yang dibantu kira-kira 200 sukarelawan.
Para sukarelawan itu termasuk antaranya, anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pertubuhan Sukarelawan Perubatan Malaysia, yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Antara kemudahan yang disediakan di pusat operasi ini. Astro AWANI
Antara kemudahan yang disediakan di pusat operasi ini. Astro AWANI
"Kami menasihatkan sesiapa yang baru pulang dari China atau dari mengerjakan umrah dan mempunyai gejala seperti demam, batuk dan masalah pernafasan, pergilah ke klinik di luar terlebih dahulu.
"Pastikan tahap kesihatan anda berada dalam keadaan baik sebelum datang ke sini kerana hari ini tidak seperti hari biasa.
"Kalau hari biasa, nak naik ke atas mungkin boleh buat dalam 15 minit. Tetapi hari ini, dengan keadaan yang penuh sesak dengan manusia, 4 atau 5 jam pun belum tentu boleh sampai," kata koordinator pusat operasi, Dr Siva Perumal.
BACA: Thaipusam: Sambutan sederhana susulan penularan koronavirus
Kemudahan yg terdapat di Pusat Operasi Kesihatan di Bt Caves, khusus utk sambutan Thaipusam. Terdapat kira-kira 12 petugas perubatan dari Hosp.Selayang. Turut serta kira-kira 150 sukarelawan PBSM.@501Awani pic.twitter.com/LnQysEWY5t
— Madi (@madhiamadani) February 7, 2020
Dia yang juga pegawai perubatan di Hospital Selayang memaklumkan, selepas 12 jam dibuka, pusat operasi itu sudah menerima kira-kira 100 kes, namun majoritinya adalah kes perubatan kecil seperti luka dan kekejangan.
Pesakit yang dirujuk ke pusat operasi itu akan diasingkan mengikut kes, iaitu zon hijau untuk kes kecil, manakala kuning dan merah masing-masing untuk semi kritikal dan kritikal.
Dr Siva memeriksa laporan kes pesakit yang dirawat di pusat operasi ini. Astro AWANI
Dr Siva memeriksa laporan kes pesakit yang dirawat di pusat operasi ini. Astro AWANI
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus Lebih 700 maut di seluruh dunia
Mereka yang mempunyai simptom demam pula terlebih dahulu akan menjalani pemeriksaan di sebuah kaunter khas dan pesakit yang disyaki koronavirus akan dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
"Setiap tahun kami akan buka pusat operasi ini. Kebiasaannya, kes yang kita terima, selain kes-kes kecil, adalah seperti asma, pitam atau masalah jantung.
"Tahun ini ada perbezaan sebab semua orang bimbang tentang koronavirus. Tetapi dengan panduan daripada KKM, kami yakin semuanya terkawal dan petugas kami semuanya terlatih," tambahnya.
Setakat tengah hari ini, tiada sebarang laporan berkenaan simptom jangkitan koronavirus, namun orang ramai diminta terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka dan menjaga amalan kebersihan seperti yang dinasihatkan KKM.
Topic Berkaitan
#Batu Caves
#China
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#perubatan
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan