awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada arahan sekat isyarat komunikasi - Salleh Said

Izwar Wahid
Izwar Wahid
27/08/2015
13:30 MYT
Tiada arahan sekat isyarat komunikasi - Salleh Said
SALLEH SAID: Tidak ada arahan daripada SKMM untuk menghalang isyarat daripada menara komunikasi. SKMM hanya akan memantau mana-mana laman web dan blog yang memromosikan penganjuran perhimpunan haram. - Gambar Fail
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi agar menyekat isyarat komunikasi di kawasan sekitar perhimpunan Bersih 4.0.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, tiada arahan sedemikian dikeluarkan sebagaimana yang tersebar di laman sosial.
"Tidak ada arahan daripada SKMM untuk menghalang isyarat daripada menara komunikasi. SKMM hanya akan memantau mana-mana laman web dan blog yang memromosikan penganjuran perhimpunan haram,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Berita palsu yang mendakwa SKMM sudah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi agar menghalang isyarat di semua menara mereka di sekitar kawasan perhimpunan Bersih 4.0 mula tersebar pada Khamis.
Maklumat berkenaan, kononya dibocorkan oleh kakitangan syarikat telelomunikasi selepas mendapat arahan daripada SKMM.
BACA: Empat perkara anda perlu tahu sebelum hujung minggu ini
Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Penyelaras Sumber Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat yang menyifatkan tindakan SKMM menyekat laman web mempromosikan Bersih 4 sebagai 'tindakan penjajah' Mohd.Salleh berkata, tindakan itu demi kepentingan dan keselamatan negara.
''Kita ada undang-undang dan peraturan yang perlu dikuatkuasakan demi kepentingan dan keselamatan negara,'' ujarnya.
Perhimpunan Bersih 4.0 dijadual berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini bermula di beberapa lokasi antaranya Masjid Negara, Brickfields, Pasar Seni, Menara Maybank dan di hadapan Kompleks Beli Belah Sogo sebelum menuju ke Dataran Merdeka.
Perhimpunan itu bagaimanapun dianggap haram kerana tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL atas alasan lokasi yang sama akan digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan.
Penganjur perhimpunan tetap bertegas mahu berhimpunan di Dataran Merdeka walaupun pihak DBKL sudah menawarkan dua lokasi lain iaitu Stadium Merdeka dan Stadium Titiwangsa.
Topic Berkaitan
#Bersih 4.0
#Mohd Salleh Said Keruak
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#Wong Chin Huat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan