Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa mengalu-alukan hasrat bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyertai parti itu.

"Kita memang mengalu-alukan beliau untuk turut serta bersama Bersatu, lagi pun kita sudah pernah bekerjasama dalam satu tempoh yang panjang," katanya ketika ditemui selepas berucap di Forum Ekonomi China Sedunia di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kedudukan Tan Sri Rafidah, setakat ini tiada lagi jawatan untuk diberikan kepada beliau dan hanya menjadi ahli biasa sekiranya beliau bersama parti itu.

BACA: Tidak salah Rafidah kritik PH - Anwar

BACA: Hentikan 'ketuanan bangsa' - Rafidah Aziz

BACA: BERSATU alu-alukan kemasukan 'wanita besi' ke dalam parti - Mukhriz

Terdahulu, pemimpin veteran yang pernah menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, beliau sudah menyampaikan hasratnya kepada Tun Dr Mahathir untuk turut serta dalam parti itu.