Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiada kesesakan berlaku di stesen tren, monorel sewaktu PKPB - Rapid KL

Tiada kesesakan berlaku di stesen tren, monorel sewaktu PKPB - Rapid KL
Rapid KL: Gambar yang tular itu tiada kena mengena dengan perkhidmatan Rapid KL dan ia tidak berlaku pada tren LRT. - Gambar Facebook @RapidKL
KUALA LUMPUR: Rapid KL menafikan berlaku kesesakan di stesen MRT Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin iaitu hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan seperti yang tular di media sosial.

Menerusi status di laman Facebook, Rapid KL berkata gambar yang tular itu tiada kena mengena dengan perkhidmatannya dan ia tidak berlaku pada tren LRT.

“Jadilah pengguna media sosial yang bijak dengan tidak menyebarkan atau menghebahkan berita-berita palsu.

“Gambar kedua merupakan situasi sebenar di dalam LRT ketika PKPB dilaksanakan,” tulis status berkenaan.
Dalam masa sama, pihak Rapid KL turut memuat naik beberapa foto menunjukkan situasi sebenar di beberapa lokasi stesen tren, monorail dan platform menunggu bas.

 
Sumber Facebook myrapid

“Laluan monorel juga menjadi tumpuan penumpang yang bekerja di pusat bandar pada pagi ini. Keadaan di stesen kelihatan terkawal.
“Di dalam tren pula, pengguna terus patuh mengamalkan penjarakan sosial dan hanya duduk di kerusi yang dibenarkan sahaja,” katanya.

BACA: PKPB: Prasarana mohon pengguna tren dan bas amalkan disiplin sosial

BACA: Saringan suhu badan antara peraturan sebelum guna tren Rapid KL

Berikut peraturan kawalan pergerakan penumpang seperti yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) bersempena dengan pelaksanaan PKPB:

.

Pengguna tren Rapid KL juga diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan ‘normal baharu’ yang telah ditetapkan dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19 sepanjang PKPB ini dilaksanakan.



Tag: MRT, LRT, Bukit Bintang, koronavirus, Prasarana, RapidKL, tren, pengangkutan, Kementerian Pengangkutan, normal baharu, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.