Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiada kuasa bentuk kabinet interim - Tun Mahathir

Tiada kuasa bentuk kabinet interim - Tun Mahathir
Dr Mahathir memaklumkan beliau kembali sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas diminta berbuat demikian oleh partinya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Kabinet interim tidak boleh dibentuk kerana Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

"Buat masa ini saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk Kabinet," katanya dalam sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Dr Mahathir memaklumkan beliau kembali sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas diminta berbuat demikian oleh partinya.

BACA: Tiada majoriti bentuk kerajaan, serah pada Dewan Rakyat - Tun M
BACA: 'Jika semua orang pilih Muhyiddin, saya ok' - Tun Mahathir

“Mereka minta saya kembali tiga hari yang lalu. Saya minta tangguh untuk fikir dulu.
“Hari ini saya buat keputusan untuk kembali,“ tambah beliau.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya namanya tidak dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut.




Tag: kabinet interim, Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad, Kabinet, Pakej Rangsangan Ekonomi 2020



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.