NATIONAL
Tiada lagi video masakan S. Pavithra di Youtube

Tiada lagi video masakan Pavithra di saluran Youtube miliknya yang kini memiliki seramai 785 ribu subscribers.
Youtuber masakan terkenal, S. Pavithra dipercayai telah memadamkan semua video masakan yang pernah dimuat naik di laman YouTube miliknya, Sugu Pavithra pada Sabtu.
Video masakannya yang menjadi inspirasi dan rujukan ribuan netizen sebelum ini dilihat kosong dan hanya tertera 'This channel doesn't have any content'.
Perkara itu mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen yang awal-awal lagi menghidu tindakan wanita berkenaan.
Adakah ia disebabkan oleh kontroversi yang menimpa suaminya baru-baru ini atau Pavithra, 28 tahun, sebenarnya mempunyai perancangan lain?
Antara ciapan netizen yang boleh dilihat di platform Twitter adalah:
Pavithra baru-baru ini menjadi perhatian seluruh negara berhubung konflik yang berlaku ke atas dirinya dan suami sejak beberapa hari lalu.
Suaminya, M. Sugu, 29, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Pavithra di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, antara jam 4 hingga 5 petang, pada 21 Julai lalu
Pasangan suami isteri itu sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya mahu menjalani kehidupan di masa hadapan seperti orang biasa.
Mereka enggan lagi dikenali sebaliknya hanya mahu menumpukan perhatian kepada keluarga.
Sehubungan itu, Pavithra meminta supaya mereka tidak lagi diberi sebarang anugerah di masa hadapan kerana merasakan mereka masih baharu dan tidak layak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami