announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiada masjid ditutup di Shah Alam

Tiada masjid ditutup di Shah Alam
Jabatan Agama Islam Selangor menafikan Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam ditutup. - Gambar fail
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27, di sini ditutup sementara waktu termasuk solat fardhu berikutan seorang jemaahnya dipercayai dijangkiti virus COVID-19.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, arahan itu tidak dikeluarkan oleh pihaknya dan masjid berkenaan tidak pun ditutup dan malah diarah terus dibuka.

"Apa-apa keputusan akan dibuat selepas JAIS membuat semua pertimbangan, saya telah arahkan masjid terus melakukan solat fardhu lima waktu dengan menetapkan langkah-langkah kawalan yang lebih ketat dan pembersihan permis perlu dilakukan segera dengan kerjasama Kementerian Kesihatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penutupan masjid berkenaan, yang tular dalam laman sosial.

BACA: Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia diramal capai kemuncak Ramadan ini

BACA: COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan secara mendadak


Mohd Shahzihan berkata, pihak masjid juga diminta memaklumkan kepada jemaah agar mereka yang telah dikenalpasti positif atau sedang menunggu keputusan dan semua yang ada kontek dengan mereka yang dijangkiti COVID-19 untuk melakukan kuarantin di rumah masing-masing mengikut arahan Kementerian Kesihatan.

Terdahulu, sebuah media tempatan menerusi laman webnya melaporkan masjid berkenaan ditutup buat sementara waktu hari ini, selepas seorang jemaahnya positif COVID-19 selepas pulang dari bercuti di Vietnam. - BERNAMA


Tag: COVID19, tiada masjid ditutup, Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.