MALAYSIA
Tiada rakyat Malaysia dalam nahas pesawat di Cuba

Pesawat penumpang itu terhempas pada pagi Jumaat sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jose Marti di Havana. - AP Photo/Desmond Boylan
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan menaiki pesawat Boeing 737 membawa 110 penumpang yang terhempas berhampiran Havana pada 12.08 tengah hari (waktu tempatan) pada Jumaat.
Wisma Putra dalam kenyataan Sabtu berkata sebahagian besar penumpang adalah rakyat Cuba dan tiga daripada penumpang terselamat manakala 107 orang lagi terkorban dalam nahas itu.
"Wisma Putra ingin merakamkan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada semua mangsa dan keluarga penumpang yang terkorban. Ingatan dan doa kami bersama rakyat Cuba dalam keadaan penuh hiba ini," kata Wisma Putra menerusi kenyataan.
Kapal terbang itu kepunyaan syarikat Mexico, Damojh, dan disewa oleh Cubana de Aviacion.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami