awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sebarang catuan, hanya gangguan bekalan air di Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
15/09/2019
14:28 MYT
Tiada sebarang catuan, hanya gangguan bekalan air di Melaka
Menurut Adly, air di dua empangan masih mencukupi untuk kegunaan penduduk negeri itu dalam tempoh lebih sebulan lagi. - Gambar fail/BERNAMA
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menegaskan tiada sebarang catuan air berlaku di negeri itu, sebaliknya hanya gangguan bekalan sementara.
Katanya, ini kerana bekalan air di dua empangan masih mencukupi untuk kegunaan penduduk negeri itu dalam tempoh lebih sebulan lagi.
Beliau dalam kenyataan pada Ahad berkata, ketika ini, bekalan air di Empangan Jus berada pada tahap 45 peratus iaitu 19, 975 juta liter, manakala Empangan Durian Tunggal pula 25 peratus iaitu sebanyak 7, 270 liter.
Berdasarkan jumlah itu jelasnya, bekalan air yang ada mampu bertahan lebih sebulan lagi memandangkan kadar penggunaan air sekitar 600 juta liter sehari.
Bagaimanapun, katanya ketika ini empangan-empangan dan kolam-kolam tadahan hanya boleh mengeluarkan 550 juta liter sehari disebabkan tekanan air yang rendah menyebabkan ada kekurangan 50 juta liter sehari.
Beliau yang baru tiba ke tanah air pada petang tadi selepas mengadakan lawatan kerja ke Itali sejak 8 September lalu turut berkata, paras kritikal sumber air bergantung kepada jumlah bekalan air semasa dan tiada keperluan untuk mengaktifkan pelan catuan air di negeri itu.
BACA: Gangguan bekalan air di Melaka, ribuan penduduk terjejas
Justeru, beliau menyeru penduduk di negeri Melaka untuk menggunakan air secara berhemah agar situasi tekanan air yang rendah sehingga menyebabkan bekalan air terputus disesetengah kawasan tidak berlarutan.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan, ribuan penduduk di ketiga-tiga daerah di negeri melaka menahan derita selepas berlaku gangguan air di negeri itu sejak Selasa lalu.
Menurut laman web rasmi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Melaka sedang mengalami purata hujan yang rendah dan mengakibatkan paras air di kawasan empangan, kolam tadahan serta Sungai Melaka berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.
Adly dalam kenyataannya semalam turut berkata, SAMB sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan sumber air terutamanya dari Johor selain turut menjalankan proses memindahkan air mentah dari Empangan Ayer Keroh, Lombong Kesang Pajak (Jasin), Kolam Tebat Banjir JPS (Durian Tunggal), Loji Air Gadek (Alor Gajah), dan Kolam Takungan Gangsa, (Durian Tunggal) sebagai alternatif.
Selain itu, kawasan yang terjejas akan dibantu bekalan air bersih melalui 16 buah lori tangki SAMB serta lori tangki tambahan dari luar termasuk Ranhill SAJ (Johor), Syarikat Air Selangor (AIS), dan Lembaga Air Perak (LAP).
Katanya, pihak samb sedang berusaha untuk menstabilkan semula kolam yang terjejas dan akan memastikan bekalan air sampai ke setiap premis pengguna.
Topic Berkaitan
#Adly Zahari
#bekalan air
#empangan
#gangguan air
#gangguan air Melaka
#Ketua Menteri Melaka
#Sungai Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan