Tiada sebarang unsur penderaan didapati berlaku terhadap penghuni Pusat Jagaan Warga Emas dan Terapi Fitrah di Seremban seperti didakwa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Pemeriksaan oleh hospital (ke atas penghuni) tidak menemui sebarang bukti penderaan terhadap mereka," kata Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program 'Brisk Walk' di perkarangan Masjid Putra di sini hari ini.
Media baru-baru ini melaporkan empat bekas pekerja pusat jagaan itu mendakwa berlaku pengabaian dan penderaan terhadap warga emas di premis itu sejak dua tahun lepas.
Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada 10 saksi berkaitan kes berkenaan dan menyiasat mengikut Seksyen 351/352 Kanun Keseksaan.
BACA: Dakwaan dera: Pusat jagaan warga emas di Seremban akan ditutup - Exco
Dr Wan Azizah berkata berkata pusat jagaan berkenaan yang dihuni 12 warga emas kini dalam proses penutupan sebab tidak menepati syarat-syarat pendaftaran.
Beliau berkata pihaknya akan memastikan penempatan semula penghuni berkenaan sebelum diambil waris terdekat mereka.
"Penghuni pusat berkenaan akan diletakkan di tempat selamat dahulu sebelum menutup operasi pusat berkenaan," katanya.
BACA: Warga emas dipaksa minum air kencing di pusat jagaan
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Zulkifli Ismail yang ditemui berkata pengusaha baharu yang ingin mengambil alih operasi pusat jagaan itu perlu membuat permohonan kepada JKM.
Dalam pekembangan lain, Dr Wan Azizah menyeru rakyat Malaysia menjadikan acara 'plogging' iaitu berjoging sambil memungut sampah sebagai satu budaya, di mana aktiviti itu sudah menjadi trend penduduk dunia khususnya Sweden.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019
Dr Wan Azizah pada sidang media sempena Program Brisk Walk di perkarangan Dataran Masjid Putra hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik (topi). -- fotoBERNAMA
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pemilik kedai gambar cedera ditetak bekas pekerja
Seorang pemilik kedai gambar di Jalan Penang cedera di beberapa bahagian badan dan kedua-dua tangan selepas diserang dan ditetak bekas pekerjanya yang menuntut gaji berjumlah RM1,700 hari ini.
Bekas pekerja wanita dalang rompakan premis perniagaan ditahan
Empat suspek tempatan termasuk seorang wanita ditahan semalam kerana disyaki merompak sebuah premis perniagaan di Damansara Damai, Petaling Jaya pada Khamis lepas.
Bekas pekerja Yayasan Nurul Yaqeen dan suami didakwa ubah wang haram dana yayasan RM658,769
Mimi Khairani yang sedang hamil lima bulan menghadapi tiga pertuduhan manakala suaminya didakwa atas 20 pertuduhan.
Tiada unsur dera terhadap penghuni pusat jagaan di Seremban - Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata berkata pusat jagaan berkenaan yang dihuni 12 warga emas kini dalam proses penutupan sebab tidak menepati syarat-syarat pendaftaran.
Polis tahan suspek pecah rumah Datuk
Suspek yang merupakan bekas pekerja kepada mangsa ditahan di sebuah rumah di Kampung Pandan 1 di sini, pada pukul 11 pagi Sabtu.
Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long'
Pemilik bengkel cat kereta diganggu lelaki dipercayai 'Ah Long' yang memintanya lunaskan hutang bekas pekerjanya.
Bekas pekerja pos didakwa terima suapan
Tertuduh didakwa menerima suapan bernilai RM5,000 sebagai dorongan untuk membantu percepatkan proses maklumat pada sijil kematian.