Penaik bendera ketika 31 Ogos 1957, Leftenan Komander (B) Mohamed Sharif Kalam menyifatkan segelintir generasi muda hari ini tidak mengetahui sejarah negara, sekali gus menyebabkan jiwa merdeka mereka kosong.
Beliau yang bertanggungjawab menaikkan bendera ketika hari bersejarah itu turut menjelaskan ada generasi muda kurang memahami kerana tidak berada di zaman kesusahan dan tidak pernah rasa perit jerih untuk mencapai kemerdekaan.
"Sambutan merdeka tiada beza cuma semangat kemerdekaan yang sudah tiada. Jika dahulu, semangat masih berkobar-kobar sebab masih baru merdeka dan masih dalam ingatan.
"Kami rasa segala susah payah apa yang kita korbankan untuk merdeka tetapi zaman sekarang dia (generasi kini) sudah tidak nampak semua itu, hidup-hidup dah senang.
"Banyak yang tidak kenal sejarah, buta sejarah... jadi bila buta sejarah, maka habislah, maka jadilah yang warnakan bendera hitam, terbalikkan bendera," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian program Sambutan Kemerdekaan ke-62 KPJ Pasir Gudang di sini pada Ahad.
BACA: Pasang Jalur Gemilang terbalik di sekolah tidak disengajakan
BACA: Jalur Gemilang terbalik: 69 laporan diterima - KPN
BACA: Ambil tindakan terhadap pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik - MBM
Mohamed Sharif juga berpendapat kebanyakan masyarakat kini hanya berpendapat tarikh 31 Ogos hanya sekadar cuti umum selain berpendapat perlu ditekankan sejarah kemerdekaan negara supaya ia tidak dilupakan.
"Itulah apabila tidak kenal sejarah, jiwa merdeka itu kosong dan bila lahir semua sudah ada, jadi dia (golongan muda) tidak nampak apa itu sejarah. Macam saya, saya nampak apa itu sejarah... dari susah senang.
"Kita jarang ingatkan orang muda tentang sejarah, tentang merdeka jadi itu yang jadi masalah... kalau dulu penuh bendera, stadium penuh dan tiket kena beli tapi kita sekarang mana, ada stadium pun kosong," katanya.
Mengimbau detik bersejarah, Mohamed Sharif, 82, bersama dua rakannya, Awang Mohd Salleh dan Oliver Culvelt Samuel diberi kepercayaan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan buat kali pertama ketika itu pada 31 Ogos 1957.
Beliau yang ketika itu baru berusia 20 tahun ditugaskan menaikkan bendera berkenaan selama tiga hingga lima minit.
BACA: Tiada undang-undang kata pasang bendera terbalik satu kesalahan
BACA: Pasang bendera terbalik pengkhianatan terbuka kepada negara - Rizam
BACA: Gubal akta khusus Jalur Gemilang dan bendera negeri
Khamis lepas, Mohamed Sharif melahirkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang menaikkan Jalur Gemilang secara terbalik dan menyifatkan perbuatan tidak bermoral itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan kurang sopan.
Beliau turut berkata tindakan tegas harus dikenakan kepada individu terlibat, supaya perkara tersebut tidak berulang pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 25 2019
Mohamed Sharif menceritakan pengalamannya menaikkan bendera Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka sempena majlis Sambutan Kemerdekaan ke-62 di Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, 25 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Lelaki direman dua hari kes bendera terbalik
Seorang lelaki warga tempatan direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes sebuah premis perindustrian di Senai dekat sini yang didakwa memasang Jalur Gemilang secara terbalik.
Lelaki Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik dituduh Selasa
Suspek yang merupakan seorang lelaki berumur 30 tahun itu diberkas selepas kejadian tersebut tular menerusi satu kumpulan WhatsApp sebuah komuniti penduduk di daerah ini.
Polis siasat rumah ibadat pasang bendera terbalik
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap insiden pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di sebuah rumah ibadat di Kampung Sungai Suluh.
Pasang bendera Kedah terbalik: Pemilik restoran, pekerja warga Bangladesh ditahan
Polis menahan pemilik restoran makanan laut dan seorang pekerjanya warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes memasang bendera Kedah secara terbalik di sebuah premis di Kuah.
Insiden Jalur Gemilang terbalik di gereja Klang disebabkan 'tersalah pasang'
Tular di media sosial pada Rabu video berdurasi 28 saat menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah gereja di Klang.
Tidak kenal sejarah buat orang muda jiwa kosong
Ada generasi muda kurang memahami kerana tidak berada di zaman kesusahan dan tidak pernah rasa perit jerih untuk mencapai kemerdekaan.
Jalur Gemilang terbalik: 69 laporan diterima - KPN
Kes disiasat di bawah Seksyen 501 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Gubal akta khusus Jalur Gemilang dan bendera negeri - Aziz Bari
Naib Pengerusi DAP Perak itu berpendapat, akta yang dicadangkan itu boleh menjelaskan mengenai pemasangan bendera, termasuk bentuk, warna dan cara memasangnya.
Media Malaysia dan Indonesia perlu lebih strategik kukuhkan hubungan
Media Malaysia dan Indonesia perlu bertanggungjawab dan berperanan lebih strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara, kata Ketua Delegasi Korps Alumni Himpunan Mahasiswa (KAHMI) Forever