Tutup

Tidak perlu dedah secara umum aset pertahanan negara - Mohamad Sabu

Tidak perlu dedah secara umum aset pertahanan negara - Mohamad Sabu
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu membentangkan Kertas Putih Pertahanan (KPP) pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan bahawa Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dibentangkan tidak perlu memperincikan aset strategik ketenteraan negara seperti yang disuarakan oleh Ahli Parlimen pembangkang.

Jelasnya sebarang perincian hanya dibincangkan di peringkat kerajaan demi menjaga strategik pertahanan negara.
"Aset pertahanan negara kita tidak dimasukkan dan dedahkan secara umum, kerana kita tidak boleh dedahkan semuanya. Kita (kerajaan) hanya bincangkan perkara itu secara tertutup. Sebentar tadi saya telah berbincang dengan Ahli Parlimen pembangkang.

"Ia (perbincangan) perlu dua sesi berbeza, satu untuk awam satu lagi untuk kerajaan, baru mereka (ahli parlimen pembangkang) tahu kekuatan tentera kita," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menyatakan kekecewaan terhadap intipati KPP yang dibentangkan oleh Mohamad.

BACA: Hishamuddin kecewa dengan pembentangan Kertas Putih Pertahanan

BACA: KPP: Strategi pertahanan negara inklusif 2020-2030


Jelasnya, intipati KPP itu tidak menyeluruh bagi perancangan pertahanan negara dalam tempoh 10 tahun.

Sementara itu, Mohamad menjelaskan kementeriannya memerlukan sekurang kurangnya satu peratus peruntukan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi pertahanan negara.

"Kita perlukan peruntukan satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun. Bagi Rancangan Malaysia ke 12 dan 13, kita (kementerian) akan meminta peruntukan lebih daripada itu." katanya




Tag: Kertas Putih Pertahanan, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, aset strategik ketenteraan negara, Ahli Parlimen pembangkang, Hishamuddin Hussein, KDNK, Keluaran Dalam Negara Kasar



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.