Beberapa persatuan wartawan kesal susulan kejadian dua wartawan pelatih sebuah portal berita diganggu secara lisan dan fizikal ketika membuat liputan berhadapan sebuah restoran berhampiran Universiti Malaya pada Jumaat.
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) Taufek Razak berkata semua pihak harus faham tugas seseorang wartawan yang hadir ke satu-satu program hanya untuk membuat liputan dan tidak terlibat di dalam program berkenaan.
Menurutnya semua pihak harus menghormati tugas wartawan dan tidak melakukan tindakan yang tidak rasional.
"NUJ mengecam tindakan itu dan berpendapat tidak sepatutnya wartawan menjadi mangsa.
"Saya juga menasihatkan pihak media supaya sentiasa meletakkan keselamatan diri terlebih dahulu ketika bertugas dan jangan berada terlalu dekat dengan lokasi sekiranya tugasan itu dilihat berbahaya," katanya.
Presiden Persatuan Wartawan Wanita (PERTAMA) Sariha Mohd Ali berkata setiap wartawan yang bertugas membuat liputan telah dilatih dengan etika kewartawanan dan melaporkan apa yang dilihat ketika di lokasi.
BACA: Gobind kutuk perbuatan ganas terhadap pelajar, wartawan
Tindakan melontar kata-kata kesat dan melakukan kekerasan ke atas wartawan apatah lagi melibatkan pemimpin adalah memalukan.
"Sekiranya tidak berpuas hati dengan laporan yang ditulis wartawan, ada saluran yang boleh dihubungi untuk membuat laporan dan bukannya menggunakan kekerasan.
"Ia satu pencerobohan terhadap kerjaya rasmi wartawan kerana mereka melaporkan mengikut tanggungjawabnya sebagai penyampai maklumat," katanya.
Wartawan veteran yang juga Anggota Pemegang Amanah Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Yong Soo Heong berkata apabila perbuatan kekerasan berlaku ke atas wartawan, ia adalah satu situasi yang tidak sihat.
"Mereka melaporkan apa yang disaksi dan dilatih untuk melaporkan bagi pengetahuan orang yang tidak ada di tempat kejadian.
"Keganasan terhadap pihak wartawan tidak patut berlaku dan masyarakat perlu menghormati peranan wartawan," katanya.
Yong berkata, walaupun ia berlaku kepada wartawan pelatih, ia merupakan tindakan yang tidak sepatutnya.
"Ada antara wartawan pelatih ini yang berbakat. Suatu hari nanti mereka akan menjadi wartawan yang bagus. Kalau dalam latihan lagi telah diperlakukan begitu, mungkin ada yang patah semangat.
"Apapun sesiapa sahaja, apabila berada di khalayak perlu menunjukkan kelakuan yang beradab dan meletakkan ketenteraman negara sebagai keutamaan kerana kita berada dalam masyarakat yang majmuk," katanya.
BACA: Maszlee harap pihak berkuasa ambil tindakan
Sementara itu di KUALA BERANG, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap pihak berkuasa akan menyiasat insiden kekecohan yang berlaku ituketika beliau hadir ke program santai berkenaan petang semalam.
Kekecohan itu berlaku semasa Najib sedang menyampaikan ucapan di dalam restoran berkenaan kepada sekumpulan pelajar.
BACA: Lokman Adam pertahan tindakan kasar terhadap pelajar UM
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2019
Setiap wartawan yang bertugas membuat liputan telah dilatih dengan etika kewartawanan dan melaporkan apa yang dilihat ketika di lokasi. - Gambar hiasan
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Tindakan kasari wartawan dikesali persatuan kewartawanan
Semua pihak harus faham tugas seseorang wartawan yang hadir ke satu-satu program hanya untuk membuat liputan dan tidak terlibat di dalam program berkenaan.