awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinjauan AWANI: Majoriti enggan jamah lemang periuk kera

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
02/06/2019
13:10 MYT
Tinjauan AWANI: Majoriti enggan jamah lemang periuk kera
Kebanyakan rakyat Malaysia enggan menjamah sajian lemang periuk kera kerana sayangkan alam sekitar. -Gambar BERNAMA
LEMANG periuk kera cukup popular pada musim perayaan kali ini dan ia merisaukan pemelihara alam sekitar.
Kebimbangan utama yang diutarakan adalah integrasi periuk kera dengan alam sekeliling. Dipercayai jika jumlah periuk kera berkurangan, ia memberi kesan berantai yang akan memudaratkan bukan saja tumbuhan ini sendiri, malah pelbagai spesies lain.
Tinjauan Astro AWANI melalui Facebook mendapati 71 peratus daripada 10,000 pembaca tidak bersetuju dan enggan mencuba sajian berasaskan periuk kera pada musim perayaan ini.
Manakala, di akaun Twitter rasmi Astro AWANI pula menunjukkan sebanyak 87 peratus daripada 4,000 pembaca juga enggan mencuba sajian yang dimasak di dalam kelongsong periuk kera.
Adakah lemang periuk kera akan menjadi pilihan anda sempena Aidilfitri nanti?#LebaranAWANI
— Astro AWANI (@501Awani) June 2, 2019
Dr Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar, Penyelidik Di Pusat Penyelidikan Penggunaan Mapan Sumber Semulajadi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membidas dakwaan sesetengah peniaga lemang periuk kera yang berkata mereka hanya mengutip satu spesis tumbuhan itu yang tidak terancam.
BACA : 'Kelongsong kecil, macam mana tupai berak dalam tu?' - Peniaga dakwa periuk kera selamat
Beliau juga memberi amaran sekiranya kita mula membiasakan diri mengambil spesis flora dan fauna yang unik untuk dijadikan makanan, ia berupaya membawa kepada kemusnahan alam sekitar.
BACA : Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar? BACA : Hentikan jualan lemang periuk kera - Maya Karin BACA : Lemang periuk kera dapat sambutan di sebalik cerita 'tandas haiwan' Berikut adalah info berkenaan lemang periuk kera:
.
Topic Berkaitan
#Dr Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar
#peniaga
#Periuk Kera
#Respon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan