Kerajaan perlu meneruskan prosedur pendakwaan selepas tangkapan untuk memperbaiki kedudukan negara dalam senarai Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata, pendakwaan memberi ruang negara mencapai Tahap Satu selepas menunjukkan peningkatan keluar daripada senarai Pengawasan Tahap Dua sebelum ini.
Selain itu jelasnya, kerajaan juga harus melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat dan kerjasama badan-badan antarabangsa untuk memastikan hasrat itu mencapai kejayaan
"Untuk mencapai Tahap Satu saya berpendapat banyak lagi usaha yang perlu dilakukan.
"Pertama, kita perlu perluaskan penyiasatan dan juga melakukan banyak pendakwaan terhadap kes-kes pemerdagangan manusia.
"Kita juga hendaklah berusaha supaya ada pakar kaunselor yang dapat mengatasi masalah pemerdagangan manusia ini. Mereka juga hendak kita menyediakan peluang pekerjaan kepada individu berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Malaysia naik 'Tahap Dua' Laporan Tahunan Pemerdagangan Manusia
BACA: Malaysia komited henti jenayah pemerdangan manusia - PM Najib
Laporan TIP itu menyebut kerajaan Malaysia menunjukkan peningkatan usaha berbanding laporan yang dikeluarkan sebelum ini.
Laporan itu juga menyebut bahawa kedudukan Malaysia dinaik taraf kepada Tahap Dua dan kerajaan Malaysia telah menunjukkan peningkatan usaha dengan memperluas penyiasatan, pendakwaan dan sabitan pendakwaan.
Sebelum ini pada 2014, Jabatan Negara AS menurunkan kedudukan Malaysia kepada Tahap Tiga, kedudukan yang paling rendah yang boleh mencetuskan sekatan terhadap negara yang diberi kedudukan itu.
Dalam pada itu kata Akhbar, negara kini berada di landasan betul untuk mencapai Tahap Satu.
"Kita boleh dengan syarat bekerja keras dan ia bukan sahaja bergantung kepada kerajaan.
"Kita juga hendaklah bergantung kepada kerjasama orang ramai dan agensi penguatkuasa perlu giat melakukan latihan dan pastikan ada pendakwaan dilakukan.
"Ia akan memberi kesan baik kepada sesebuah negara," jelasnya.
Pada 2015, Malaysia telah dinaikkan daripada Tahap 3 ke Senarai Pengawasan Tahap 2.
Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS menyenaraikan kedudukan lebih 100 negara termasuk AS dalam usaha menangani pemerdagangan manusia dengan memberikan satu daripada empat peringkat: Tahap 1, Tahap 2, Senarai Pengawasan Tahap 2 dan Tahap 3.
Sebelum ini melalui Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kejayaan Malaysia selain mengucapkan tahniah kepada usaha kolektif mereka yang terlibat dalam mengekang aktiviti pemerdagangan manusia di negara ini.
Tegasnya, kerajaan akan tetap komited untuk menghentikan kegiatan pemerdagangan manusia, melindungi mangsa dan mendakwa mereka yang terlibat.
Wan Syamsul Amly
Thu Jun 29 2017
AKHBAR: Negara kini berada di landasan betul untuk mencapai Tahap Satu.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
PRN: Pemimpin politik perlu bersikap 'gentleman', tidak rasuah pengundi - Akhbar Satar
Pemimpin politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi diingatkan agar tidak menggunakan duit demi mendapatkan undi rakyat.
Belanjawan 2023: Pembatalan rundingan terus, jimat kos, lebih telus - Akhbar Satar
Inisiatif membatalkan kaedah rundingan terus bagi projek mega dalam Belanjawan 2023 mampu menjimatkan kos dan mengelakkan pemberian komisen kepada 'orang tengah'.
Indeks CPI: Skor negara menurun dipengaruhi pelbagai faktor penilaian - Akhbar Satar
Indikator dalam menentukan indeks persepsi rasuah bukan sahaja dipengaruhi oleh jumlah kes rasuah yang berlaku di dalam negara, namun ia membabitkan beberapa faktor termasuk sosio-ekonomi dan politik.
Apabila sedekah menjadi rasuah
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan.
Sistem dalam negara perlu dipegang pemimpin berintegriti - Akhbar Satar
Ciri-ciri tersebut amat penting bagi memastikan penguatkuasaan sesuatu akta itu dapat dilaksanakan dengan telus.
PRU15: 'Ada udang di sebalik batu' apabila ahli politik enggan isytihar harta - Akhbar Satar
Ahli politik tidak perlu takut untuk dedahkan kekayaan jika ia datang dari sumber yang tidak melanggar undang-undang.
Rasuah: Hukuman pesalah golongan elit perlu lebih berat - Akhbar Satar
Golongan elit mempunyai wang yang cukup untuk mengupah peguam-peguam yang handal bagi membela mereka dalam penghakiman dan secara tidak langsung membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut.
PDRM terus perkasa integriti
Integriti sukar diajar. Ia terpahat dalam jiwa sama ada dimiliki seseorang atau tidak. Ada berpendapat doktrin agama juga tidak berupaya mengubah perasuah.
Revolusi senyap berlaku sejak banjir
Perkara ini berlaku kerana usaha-usaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat lebih mudah diselesaikan dengan gerak kerja masyarakat tanpa melibat kerenah birokrasi.
Malaysia harus sertai OGP pertingkat hubungan kerjasama NGO, Kerajaan
Saranan itu dilihat dapat mengukuhkan peranan sivil, organisasi masyarakat, sekaligus menggalakkan komitmen yang lebih erat dengan Kerajaan.