Tutup

"TMJ is a little boy, he's stupid" - Tun Mahathir

"TMJ is a little boy, he's stupid" - Tun Mahathir
Dr Mahathir sifatkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim seorang budak kecil yang 'bodoh' kerana tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) hanyalah seorang budak kecil dan dia juga 'bodoh'.

Itu penegasan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai reaksi pada kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang
membangkitkan perkara baik dilakukan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tidak dihebohkan.

Menurut Perdana Menteri, adalah lebih baik seandainya putera sulung Sultan Johor itu berdiam diri daripada bercakap perkara yang beliau tidak tahu.

"I don't want to comment on the Sultan, because if I say anything, that is not good. It is not nice because he is the Sultan (saya tidak mahu mengulas mengenai Sultan Johor, kerana jika saya mengatakan apa-apa, itu tidak baik. Ia tidak bagus kerana dia adalah Sultan).
"This TMJ is a little boy. He is stupid because he doesn't know what is happening. So don't talklah, when you don't know what is happening (tetapi TMJ adalah budak kecil. Dia bodoh kerana tidak tahu apa yang berlaku. Jadi jangan cakaplah apabila anda tidak tahu apa yang sedang berlaku)," katanya semasa sidang media di pejabatnya di sini, pada Isnin.

BACA: Kerajaan akan tuntut semula tanah RTS - Tun Mahathir

BACA: Isu projek RTS: Sultan Johor berkenan serah tanah Bukit Chagar tanpa kos

Dalam satu ciapan di Twitter, Khamis lalu, Tunku Ismail berkata, banyak benda baik dilakukan Sultan Johor yang tidak dikongsi.

Antaranya berjuta duit kurniaan kepada kerajaan, menyelesaikan hutang kerajaan pada tahun kedua menjadi Sultan, selain bantuan ke yayasan-yayasan, kurniaan tanah untuk rumah mampu milik, masjid, kuil dan tokong.

Sebelum ini, Dr Mahathir menegaskan, kerajaan akan menuntut semula tanah untuk projek Sistem Transit Rapid (RTS) seandainya ada proses pengambilalihan dari mana-mana pihak yang tidak melalui proses pemilikan.

Kerajaan setakat ini katanya masih belum mendapat laporan penuh dan mengakui hanya mendengar khabar angin ia diambil oleh pihak Istana Johor.

Bagaimanapun , Sultan Ibrahim menzahirkan rasa kecewa dengan laporan berita mengaitkan Baginda berhubung peningkatan kos projek pembinaan projek RTS Johor–Singapura yang didakwa berpunca daripada sebidang tanah milik Baginda di Bukit Chagar.

Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah berkata, sehingga kenyataan yang dikeluarkan pihak istana mengenai perkara ini, Baginda tidak dimaklumkan tanah miliknya akan terlibat dalam projek berkenaan.




Tag: Mahathir Mohamad, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Sultan Johor, TMJ, Twitter, Singapura, RTS, rakyat, kerajaan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.