awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
'Alhamdulillah… Medina stabil selepas pemindahan hati'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tolak Kerajaan Melayu: Abdul Hadi, Dr Mahathir sependapat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/10/2019
04:57 MYT
Tolak Kerajaan Melayu: Abdul Hadi, Dr Mahathir sependapat
ABDUL HADI: Mewakili masyarakat majmuk dan dominasi adalah Melayu dan Islam. - Gambar fail
Kerajaan yang mentadbir Malaysia perlu mewakili masyarakat majmuk negara ini.
Demikian disuarakan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, selari dengan pandangan yang dilontarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Dr Mahathir pada Selasa menegaskan, tidak sesuai untuk sesebuah kerajaan dibentuk mewakili kaum tertentu sahaja.
“Sebarang kerajaan Malaysia mesti wakili masyarakat majmuk.
“Mewakili masyarakat majmuk dan dominasi adalah Melayu dan Islam,” katanya ringkas kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentuk kerajaan baharu bersama UMNO dan Pas.
BACA: Tun M tolak pelawaan bentuk kerajaan bersama UMNO, Pas
Bagaimanapun, kenyataan Mohamad itu turut ditolak Dr Mahathir semalam yang menyifatkan kepelbagaian kaum di negara ini, termasuk dalam pembentukan kerajaan, merupakan satu hakikat yang tidak boleh ditolak.
Menerusi kenyataan di Facebook, Mohamad berkata, UMNO dan PAS harus diberi peranan signifikan dalam memulihkan negara ini, bukan sekadar menjadi penumpang sehingga menjejaskan kepentingan Islam dan masyarakat Melayu serta pribumi lain.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Bersatu
#Islam
#kepelbagaian kaum
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#masyarakat majmuk
#Melayu
#Mohamad Hasan
#PAS
#penumpang
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan