awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Bukit Kukus: Mangsa ke-9 ditemui

Firdaus Azil
Firdaus Azil
22/10/2018
10:13 MYT
Tragedi Bukit Kukus: Mangsa ke-9 ditemui
Mayat mangsa dikesan sekitar 5 petang tadi, dan kerja mengeluarkan mangsa agak mencabar kerana mangsa dihempap kontena. - Foto Bernama
Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar satu lagi mayat dari kawasan tanah runtuh Jalan Bukit Kukus di Paya Terubong di sini petang tadi.
Mangsa ke-9, dikenali sebagai Mohamad Uzzal, merupakan seorang warga negara Bangladesh, dan kini mayat terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Mayat mangsa dikesan sekitar 5 petang tadi, dan kerja mengeluarkan mangsa agak mencabar kerana mangsa dihempap kontena.
Mayat mangsa dikesan sekitar 5 petang tadi. - Foto Astro AWANI
Mayat mangsa dikesan sekitar 5 petang tadi. - Foto Astro AWANI
Mengikut senarai bomba, hanya tinggal seorang lagi mangsa sedang dicari.
Mangsa ke-9, dikenali sebagai Mohamad Uzzal, warga negara Bangladesh, dan kini terus dibawa ke HPP. Mayatnya dikesan sekitar 5 petang tadi, dan kerja mengeluarkan mangsa agak mencabar kerana dihempap kontena. Mengikut senarai bomba, hanya tinggal satu lagi mangsa.@501Awani pic.twitter.com/P6QK0imyz1
— FA (@FirdausAzil) October 22, 2018
Tragedi Bukit Kukus: Pasukan SAR berjaya mengesan satu lagi mayat di bawah kontena, dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan. Jika sah, ini merupakan mangsa ke-sembilan. @501Awani pic.twitter.com/7Tj4fBeOWS
— FA (@FirdausAzil) October 22, 2018
BACA: Tragedi Bukit Kukus: Mayat kelapan ditemui, dikenal pasti
Sehingga pukul 7 malam ini, sembilan mayat telah ditemui terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala seorang lagi lelaki Bangladesh dilapor masih hilang dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.
Kejadian yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu turut menyebabkan empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan, dan seorang wanita Kemboja.
Mangsa kesembilan dibawa keluar anggota penyelamat hari ini. - Foto Astro AWANI
Mangsa kesembilan dibawa keluar anggota penyelamat hari ini. - Foto Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#bomba
#bukit kukus
#Hospital
#mangsa
#mayat
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan