awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Bukit Kukus: Mayat kelapan ditemui, dikenal pasti

Firdaus Azil
Firdaus Azil
22/10/2018
05:45 MYT
Tragedi Bukit Kukus: Mayat kelapan ditemui, dikenal pasti
Projek Lebuh Raya Berkembar Bukit Kukus yang bernilai RM545 juta, muncul sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul. - BERNAMA
Pasukan penyelamat berjaya menarik keluar satu lagi mayat dari kawasan tanah runtuh Jalan Bukit Kukus di Paya Terubong di sini, tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Moktar, mengesahkan identiti mangsa sebagai Subaeri, seorang warga Indonesia berusia 34 tahun.
Subaeri merupakan mangsa yang kelapan terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku Jumaat lalu.
Katanya, mayat ditemui pada pukul 12.10 tengah hari dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang setengah jam kemudian untuk proses bedah siasat.
Pengarah @bombaJBPM Pulau Pinang Tuan Saadon Moktar sahkan mayat ke-lapan itu adalah lelaki warga negara Indonesia, dikenali sebagai Subaeri. Mayat telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang sekitar 12.40 tengahari tadi. @501Awani pic.twitter.com/nuKA8oDZvJ
— FA (@FirdausAzil) October 22, 2018
BACA: Operasi SAR masuk hari keempat
BACA: Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh tidak sempurna - Polis
Semalam, Bernama melaporkan detik cemas yang dilalui isteri Subaeri, Nor Azizah, seorang warga Kemboja berusia 24 tahun, pada hari kejadian.
Nor Azizah dipetik sebagai berkata, mereka sedang berehat di rumah apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan dalam sekelip mata, dia ternampak suaminya tertimbus akibat tanah runtuh.
Menurut ibu kepada seorang anak itu, dia sendiri tertimbus separuh badan tetapi berjaya diselamatkan apabila dibantu oleh lima orang lain.
Insiden tanah runtuh di kawasan projek pembinaan lebuh raya berkembar Bukit Kukus itu telah meragut lapan nyawa setakat ini.
Dua mangsa masih dilaporkan hilang.
Topic Berkaitan
#bukit kukus
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan