Pihak Bomba tidak tolak kemungkinan lebih ramai mangsa tertimbus di bawah runtuhan, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar.
Beliau berkata, ini kerana mangsa ke-enam yang ditemui hari ini iaitu lelaki Bangladesh berusia 25 tahun, Mustak Hossain, tiada dalam senarai rasmi yang dilaporkan hilang sebelum ini.
"Ini ada kemungkinan yang agak besar," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Beliau sebelum itu mengesahkan operasi SAR hari ini menemukan dua lagi mayat, iaitu Mithu Hossain, 30 tahun dan Mustak Hossain, 25 tahun, kedua-dua warga Bangladesh.
BACA: Tragedi Bukit Kukus: Dua lagi mayat ditemui
Saadon berkata, kedua-dua mayat itu ditemui pada pukul 12.13 dan 12.18 tengahari dalam keadaan bertindan antara satu sama lain, dan dibawa keluar pada pukul 12.40 dan 12.50 tengahari.
Beliau menafikan kedua-dua mayat itu adik-beradik, namun mengesahkan mereka berasal dari kampung yang sama.
Mengulas lanjut mengenai operasi hari ini, Saadon berkata tumpuan mencari terus diberikan kepada empat lagi yang tersenarai sebagai mangsa yang hilang.
Jelasnya lagi, operasi hari ini hanya akan dihentikan seandainya cuaca tidak mengizinkan serta sumber pencahayaan menghalang.
Setakat ini, enam mangsa disahkan meninggal dunia akibat tragedi itu.
Firdaus Azil
Sun Oct 21 2018
Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan di tapak tanah runtuh Jalan Bukit Kukus di Paya Terubong hari ini. - Astro AWANI/Firdaus Azil
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dikenal pasti sebagai antara empat pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden tanah runtuh di Bukit Kukus Oktober lalu.
Kajian EIA tidak dijalankan untuk projek jalan berkembar Bukit Kukus - Exco
Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak dijalankan untuk projek pembinaan jalan berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong setelah mendapat pengecualian daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), persidan
Tragedi Bukit Kukus: Mayat dengan jari kaki bengkok itu adik saya - Abang mangsa
Mayat Mohamad Abd Jalil, 31, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badan serta kepala tercerai daripada tubuh di bawah timbunan tanah pada kedalaman 10 meter.
Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh tidak sempurna - Polis
Mayat ketujuh tragedi tanah runtuh Jalan Bukit Kukus, Md Abdul Jalil, ditemui dalam keadaan tidak sempurna.
Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh ditemui
Mayat Md Abd Jalil, seorang warga Bangladesh berusia 34 tahun, ditemui pada pukul 4.30 petang tadi.
Tragedi Bukit Kukus: Mungkin lebih ramai mangsa tertimbus - Bomba
Pihak Bomba tidak tolak kemungkinan lebih ramai mangsa, selain mereka yang tersenarai, tertimbus di bawah runtuhan Jalan Bukit Kukus.
Tragedi Bukit Kukus: Dua lagi mayat ditemui
Dua lagi mayat dijumpai tertimbus dalam runtuhan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong hari ini.
Mangsa hilang meningkat lima orang, operasi disambung esok - Bomba
Operasi dihentikan pada pukul 7 malam tadi atas nasihat pegawai Jabatan Mineral dan Geologi mengenai pergerakan tanah di sektor pencarian.
Tanah runtuh Bukit Kukus: Operasi SAR dihentikan berikutan berlaku pergerakan tanah
Pihak Bomba dan Penyelamat memberitahu, operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung pada jam 8 pagi Ahad (21 Oktober).
Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow
DOSH keluarkan arahan berhentikan kerja projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon Khamis lepas.