awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Bukit Kukus: Perunding, kontraktor dituntut beri penjelasan punca kecuaian - Tung Seang

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2018
07:05 MYT
Tragedi Bukit Kukus: Perunding, kontraktor dituntut beri penjelasan punca kecuaian - Tung Seang
Projek pembinaan jalan raya berkembar itu bermula sejak 2016 dan sepatutnya siap tahun depan namun ditangguhkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2020. - Gambar fail
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang menggesa pihak kontraktor memberi penjelasan berhubung kecuaian pihak perunding dan kontraktor projek yang didakwa tidak memaklumkan terdapat aliran anak sungai di tapak pembinaan yang didakwa antara punca kejadian tanah runtuh berlaku. Datuk Yew Tung Seang ketika ditemui berkata, pihaknya mengesan terdapat aliran anak sungai itu ketika hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian runtuhan tanah itu dilakukan Sabtu lalu.
Beliau merujuk kepada kejadian tanah runtuh di tapak terbabit yang meragut nyawa lapan pekerja binaan, manakala tiga cedera dan dua lagi dipercayai masih tertimbus setakat ini, dalam kejadian kira-kira jam 1.56 petang, Jumaat lalu.
Menurutnya, projek pembinaan jalan raya berkembar itu Paya Terubong-Bukit Kukus tetap akan diteruskan biarpun pembinaannya telah mengorbankan lapan nyawa setakat ini. Menurut beliau, pembinaan jajaran tersebut bukan projek baharu, sebaliknya telah lama dilakukan.
"Pembinaan perlu dilaksanakan dan kami harap bahawa disempurnakan dalam keaadan sempurnalah. Mahu tak mahu kita perlu teruskan sepertinya diputuskan jajaran bukan baharu ditetap telah 2020," kata Yew Tung Seang di sini hari ini.
Katanya projek pembinaan jalan raya berkembar itu bermula sejak 2016 dan sepatutnya siap tahun depan namun ditangguhkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2020. BACA: Tragedi Bukit Kukus: Mayat kelapan ditemui, dikenal pasti
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#bukit kukus
#Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang
#jalan raya berkembar
#mangsa
#Myanmar
#paya terubong
#SAR
#tanah runtuh
#tertimbus
#yew tung seang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan