Tutup

Tragedi Christchurch: Mohd Haziq disahkan maut - Exco P. Pinang

Tragedi Christchurch: Mohd Haziq disahkan maut - Exco P. Pinang
Mohd Haziq merupakan anak kepada Mohd Tarmizi.
KUALA LUMPUR: Remaja Malaysia, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, yang dilaporkan hilang susulan kejadian serangan ganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand disahkan maut.

Memetik laporan media, perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh.

Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera iaitu Mohd Tarmizi Shuib, 46 dari Kedah dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dari Kelantan juga sedang menerima rawatan di hospital.

Mohd Haziq merupakan anak kepada Mohd Tarmizi.
BACA: 'Hormati perasaan keluarga, henti tular mengenai Mohd Haziq' - Ibu saudara

BACA: Serangan pengganas Christchurch: Tarmizi bakal jalani pembedahan kedua
BACA: Serangan masjid Christchurch: Tiga rakyat Malaysia cedera, seorang masih hilang

Setakat ini, pihak berkuasa New Zealand mengesahkan 50 maut dan 20 cedera dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.

Pihak Astro AWANI sedang menghubungi pihak kedutaan di sana untuk mendapatkan maklumat lanjut.

BACA: New Zealand bertafakur, siar azan seluruh negara Jumaat ini

BACA: Tembakan di Christchurch, SKMM tidak bercadang tutup Facebook

BACA: 
Tragedi solat Jumaat: Henti viralkan adik saya telah meninggal dunia - Kakak mangsa





Tag: Mohd Haziq Mohd Tarmizi, tragedi solat Jumaat, Christchurch, Phee Boon Poh, New Zealand, Christchurch shooting



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.