Mayat ketiga mangsa lemas tragedi air terjun Kampung Buku, berhampiran Lubuk Semilang, Langkawi ditemui pagi ini.

Mangsa, Anis Shahtirah Saad, 12, ditemui kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 11.46 pagi ini.

Anis Shahtirah merupakan antara tiga mangsa lemas telah ditemui buat masa ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam seorang kanak-kanak perempuan, Qistina Putri Wira, 11, ditemui lemas manakala tiga mangsa lagi yang hilang dihanyutkan arus deras sementara tiga lagi berjaya diselamatkan di kawasan air terjun Kampung Buku, dekat Lubuk Semilang, Langkawi.

Mangsa kedua, Noraiman Wahida Mohd Rosli, 11 ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 12.40 tengah malam tadi.

Operasi SAR diteruskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan dibantu Polis Diraja Malaysia bagi mengesan seorang lagi mangsa yang dikhuatiri masih hilang iaitu Siti Aisyah Kassim, 5, dari Bukit Malut, Langkawi.

BACA: Lemas 'pembunuh kedua tertinggi' kanak-kanak di negara ini