awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesatuan pembangkang lebih penting daripada polemik Perlis - Pengerusi URIMAI
Najib fail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman 1MDB
[TERKINI] Azmin umum letak jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Langkawi: Polis sahkan mayat rentung milik tiga sekeluarga

Salim Aziz
Salim Aziz
01/04/2019
08:18 MYT
Tragedi Langkawi: Polis sahkan mayat rentung milik tiga sekeluarga
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata setakat ini kertas siasatan itu adalah di bawah kes mati mengejut (SDR). - Foto Astro AWANI
Pihak polis mengesahkan ketiga-tiga mayat yang ditemui rentung dalam satu kebakaran di perkampungan nelayan Bukit Malut pagi tadi adalah milik tiga sekeluarga.
Pengesahan dibuat selepas proses pengecaman yang dilakukan anak kedua pasangan terbabit, Nursyafinas Mohd Nahar, 18.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim yang dihubungi Astro AWANI menjelaskan mayat kanak-kanak disahkan milik Mohd Nawfal Mohd Nahar, 6, melalui pengecaman wajah manakala mangsa wanita disahkan ibu kandung Nursyafinas, Noor Suhaila Hamat, 41, menerusi baju yang dipakai mangsa.
Kedua dua mangsa ditemui rentung hampir 80 peratus di dalam bilik air rumah mereka dalam posisi berpelukan dan bersujud.
Satu lagi mangsa yang ditemui di ruang tamu tidak dapat dikenalpasti akibat rentung sepenuhnya namun polis mengesahkan ianya milik Nursyafinas, Mohd Nahar Suhaimi, 39.
"Setakat ini kita dah dapat butiran peribadi ketiga mangsa yang terlibat dalam kes ini oleh salah seorang daripada anak mangsa dimana anak mangsa ada buat pengecaman terhadap ibu dia.
“Dia cam melalui pakaian dan juga adik dia, budak kecil itu. Ayah dia tidak dapat hendak periksa sebab memang dah sepenuhnya (terbakar), sekarang saya sedang menunggu pihak forensik PDRM untuk masuk ke Langkawi untuk jalan siasatan di tempat kejadian dan pihak bomba saya difahamkan unit anjing akan dibawa datang untuk periksa di tempat kejadian tersebut. Apapun siasatan masih berlangsung kita tengok macam mana nanti," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Iqbal menyatakan setakat ini kes disiasat di bawah kes mati terkejut.
Tambahnya ketiga-tiga mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses post mortem yang akan dijalankan esok.
BACA: 'Mayat mangsa dalam keadaan bersujud' - Saudara
BACA: Ibu dan anak rentung berpelukan di bilik air, ayah pula di ruang tamu
Dalam kejadian pagi tadi Mohd Nahar Suhaimi, 39, ditemukan rentung seratus peratus di ruang tamu manakala isteri Nor Suhaila Ahmad, 41, serta anak lelakinya Mohd Nawfal, enam tahun ditemui di bahagian bilik air rumah tersebut.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#bomba
#Bukit Malut
#kebakaran
#Kedah
#Langkawi
#mati mengejut
#mayat
#Pangkalan Jeti Nelayan Sungai Tep
#polis
#rentung
#rentung sekeluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan