Dua lelaki tampil membuat laporan polis ekoran dituduh menyamar sebagai anggota polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Terengganu yang kini tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata kedua-dua lelaki yang berumur 36 dan 31 tahun itu hadir di balai polis pada 12.30 tengah malam tadi apabila menyedari gambar mereka tular dalam media sosial.
"Siasatan telah dijalankan ke atas mereka dan tiada sebarang keterangan penglibatan mereka seperti yang ditular iaitu menjalankan kegiatan peras ugut sekitar kawasan sempadan Marang, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu.
"Pihak polis memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak diketahui kesahihannya. Siasatan dibuat untuk mengesan mereka yang menular berita palsu dan tindakan pendakwaan boleh diambil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata perbuatan menyebarkan maklumat atau berita yang tidak sahih atau rekaan yang boleh menimbulkan ketakutan masyarakat adalah kesalahan yang boleh ditangkap dan dihukum penjara.
Dalam perkembangan lain, Adli menyeru orang ramai supaya menggunakan saluran rasmi baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun secara percuma dalam laman web PDRM, Google Play dan App Store jika berlakunya sebarang masalah di kawasan mereka.
Katanya orang ramai perlu mendaftar sebagai anggota VSP terlebih dahulu sebelum berkongsi maklumat dan identiti mereka tidak akan diketahui jika mereka melaporkan sesuatu kes kerana dibenarkan menggunakan nama samaran.
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, hingga November tahun lalu Terengganu mencatatkan seramai 41,020 anggota berdaftar VSP. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 22 2018
Polis memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak diketahui kesahihannya. - REUTERS/Fail
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Tular dituduh menyamar anggota polis, dua lelaki buat laporan
Dua lelaki tampil membuat laporan polis ekoran dituduh menyamar sebagai anggota polis cawangan narkotik IPD Hulu Terengganu yang kini tular di WhatsApp.