awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M didesak campur tangan isu Kuil Sri Maha Mariamman

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
27/11/2018
08:21 MYT
Tun M didesak campur tangan isu Kuil Sri Maha Mariamman
RAMAJI: Hanya Perdana Menteri yang dapat memberi keadilan kepada penganut Hindu di kawasan berkenaan. - Astro AWANI
Tun Dr Mahathir Mohamad didesak untuk campur tangan dalam isu pemilikan tanah Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.
Ketua Pasukan Khas Selamatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, S. Ramaji, berkata hanya Perdana Menteri yang dapat memberi keadilan kepada penganut Hindu di kawasan berkenaan.
"Kita sudah kecewa dengan Kerajaan Selangor dan polis juga kecewakan kami. Kita sudah jumpa ahli politik, tidak ada balasan, pemaju juga tutup pintu kepada kita.
"Menteri Besar Selangor dulu tidak jumpa kami, menteri besar baru ini ada jumpa sekejap," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
BACA: Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: 'Kamu kuat, kamu perlu cepat bangun' - rayu tunang pada bomba
BACA: Insiden kuil: Jangan keluarkan kenyataan tidak tepat - KPN
“
Kita sudah jumpa ahli politik, tidak ada balasan, pemaju juga tutup pintu kepada kita.
”
- S.Ramaji
Turut hadir, Presiden Pertubuhan Pusat Aduan Rakyat Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan.
Isu Kuil Sri Maha Mariamman bukan baru, malah sudah mencecah lebih 11 tahun dengan pelbagai pihak, termasuk pimpinan politik, yang cuba membantu merungkai perselisihan tersebut.
Pada 28 Sept lalu, satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan tapak asal kuil tersebut dikosongkan manakala kuil dipindahkan ke lokasi lain.
Difahamkan, kerajaan Selangor menyerahkan tanah seluas kira-kira 0.4 hektar yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal kuil, namun tidak dipersetujui oleh pengurusan kuil.
Dalam pada itu, tegas Ramaji, dia tidak mengenali semua individu yang hadir semasa perhimpunan pagi tadi.
Oleh itu, jelasnya, pihaknya tidak terbabit dengan kes yang mengakibatkan seorang anggota bomba parah.
Sejak 25 Okt lepas, pihak polis telah dikerahkan untuk berkawal di perkarangan kuil selepas dakwaan akan berlakunya insiden tidak disenangi termasuk pemindahan dewa ke tapak baharu.
Penganut kuil mula mengawal kuil tersebut selain daripada mengadakan mogok lapar agar tidak ada sebarang penempatan semula untuk kuil itu.
Pasukan Khas Selamatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield juga bertegas tidak akan sesekali berganjak walaupun ianya membahayakan nyawa kerana kesucian kuil perlu dijaga.
Topic Berkaitan
#kuil hindu
#kuil rusuhan
#kuil sri maha mariamman
#kuil subang
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan