awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir lawat Industri Aeroangkasa Turki

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
25/07/2019
11:18 MYT
Tun Mahathir lawat Industri Aeroangkasa Turki
Dr Mahathir melihat pameran pesawat ketika melawat TAI sempena lawatan rasmi beliau ke Turki, pada Khamis. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi Khamis melawat Industri Aeroangkasa Turki (TAI) di Ankara dalam lawatan rasmi empat hari beliau ke Turki bermula semalam.
TAI merupakan sebuah pusat pembangunan aset, komponen dan sistem aeroangkasa milik republik itu.
Beroperasi sejak 2005, TAI memiliki kepakaran dalam pembuatan aset udara, sama ada untuk kegunaan komersil atau pertahanan.
Ia termasuk kapal terbang, helikopter, pesawat tanpa pemandu (UAV) dan dron.
Tun Dr. @chedetofficial melihat demonstrasi udara semasa melawat Industri Aeroangkasa Turki - TAI di Ankara, sebuah pusat pembangunan aset, komponen dan sistem aeroangkasa milik republik itu. Turut hadir, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. @501Awani pic.twitter.com/ZqoF1jR9WW
— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) July 25, 2019
Terdahulu, Dr Mahathir memulakan program rasmi beliau dengan majlis meletak kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk, pengasas yang juga Presiden pertama Turki, di Anitkabir, di sini.
Mustafa Kamal merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama, memerintah dari 1923 hingga 1938.
BACA: Tun M tiba di Ankara, mula lawatan rasmi empat hari ke Turki
Dr Mahathir turut menandatangani Buku Penghormatan sebelum meneruskan acara berikutnya.
Pada petang Khamis, Dr Mahathir dijadual mengadakan mesyuarat dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden di sini, diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.
Dr Mahathir tiba di sini pada Rabu untuk lawatan rasmi empat hari di Turki.
Topic Berkaitan
#Ankara
#Industri Aeroangkasa Turki
#lawatan rasmi
#Mahathir Mohamad
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan