awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir minta mereka yang terjejas akibat ribut supaya bersabar, bersyukur

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
12/08/2019
06:16 MYT
Tun Mahathir minta mereka yang terjejas akibat ribut supaya bersabar, bersyukur
Tun Mahathir berharap seluruh rakyat Malaysia menyambut perayaan Aidiladha tahun ini dengan penuh makna kesyukuran atas segala nikmat yang diterima selama ini. - Foto Astro AWANI
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar mangsa yang terjejas akibat terkena tempias Taufan Lekima agar sentiasa menzahirkan kesyukuran dengan bantuan yang diterima.
Jelasnya, kerajaan ketika ini sedang berusaha sedaya upaya dalam meringankan bebanan yang dihadapi kesemua mangsa ribut terbabit walaupun menyedari jumlah yang disalurkan tidak mencukupi untuk menanggung kerugian yang dihadapi.
Menurut beliau, walaupun beberapa negeri di kawasan utara tanah air dilanda badai yang teruk Jumaat lalu, rakyat negara ini tetap berada dalam keadaan "bernasib baik" kerana Malaysia tidak mempunyai gunung berapi dan kejadian gempa bumi yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk seperti yang berlaku di negara negara lain.
Perdana Menteri meminta rakyat Malaysia yang terjejas akibat ribut susulan Taufan Lekima supaya bersyukur dengan bantuan diterima.- Foto Astro AWANI
Perdana Menteri meminta rakyat Malaysia yang terjejas akibat ribut susulan Taufan Lekima supaya bersyukur dengan bantuan diterima.- Foto Astro AWANI
Tambah Tun Mahathir, dalam nada sebak, berharap seluruh rakyat Malaysia menyambut perayaan Aidiladha tahun ini dengan penuh makna kesyukuran atas segala nikmat yang diterima selama ini.
BACA: 100.8km sejam direkod, ekor Taufan Lekima punca ribut di utara Semenanjung - MetMalaysia
"Kita harus bersyukur kerana nasib baik yang terdapat negara kita dan Allah tidak ada (jadikan) gunung berapi, dan gempa di Sumatera, di Jawa, Filipina dan sebagainya.
“Sebenarnya orang Malaysia cukup bernasib baik dan kita kena bersyukur,” katanya dalam ucapan di majlis ramah mesra bersama penduduk Kedawang, sempena Majlis Korban DUN Kuah, di Masjid Ar-Rahman, di sini pada Isnin.
Dalam kejadian pada Jumaat, lapan negeri di Semenanjung Malaysia dibadai tiupan angin kencang akibat terkena tempias Taufan Lekima sehingga menyebabkan kira kira 3,000 buah rumah mengalami kerosakan.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#bersyukur
#gempa bumi
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
#rakyat Malaysia
#Taufan Lekima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan