Tutup

Tun Mahathir terima Anugerah Forum Doha

Tun Mahathir terima Anugerah Forum Doha
Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani (kanan) menyampaikan anugerah tersebut kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Forum Doha 2019. - Foto BERNAMA
DOHA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima satu lagi penghormatan membanggakan, apabila disampaikan dengan Anugerah Forum Doha, Sabtu.

Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani menyampaikan anugerah itu kepada Dr Mahathir pada Forum Doha 2019 di sini.

Anugerah itu diberikan kepada Dr Mahathir sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan, suara dan inisiatifnya dalam membangun dan mempromosikan Malaysia, di samping peranannya di peringkat antarabangsa.

BACA: Perang dagang perlu selesai dengan perundingan, bukan membuli - Tun Mahathir
BACA: Tun M ulangi janji lepaskan jawatan Perdana Menteri selepas masalah negara diselesaikan

BACA: Tun Dr Mahathir lantang kritik AS di Forum Doha

Penganugerahan itu adalah yang pertama diberikan kepada mana-mana pemimpin atau individu sejak Forum Doha pertama kali dianjurkan 19 tahun lepas.

Forum Doha adalah sebahagian daripada program perdana menteri sempena lawatan rasmi empat hari ke Qatar, yang berakhir hari ini.

Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali telah berlepas kembali ke Malaysia, dari Terminal Amiri, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di sini pada kira-kira pukul 11.20 pagi (4.20 petang waktu Malaysia).

-- BERNAMA


Tag: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, penghormatan, Anugerah Forum Doha, Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, Forum Doha 2019, Siti Hasmah Mohamad Ali



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.