awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir tidak pernah keluar tuduhan rasuah ke atas AirAsia

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
07/02/2020
08:44 MYT
Tun Mahathir tidak pernah keluar tuduhan rasuah ke atas AirAsia
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pihaknya kini menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada ia adalah rasuah ataupun tidak. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengeluarkan tuduhan bahawa pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi ‘offset’.
Bagaimanapun, Perdana Menteri hanya menekankan bahawa ia adalah prosedur biasa bagi kerajaan meminta ‘offset’ di dalam pembelian harga tinggi.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dr Mahathir juga tidak pernah menyatakan AirAsia mendapat manfaat daripada prosedur ini ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media baru-baru ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir menambah, ia hanya dianggap sebagai rasuah sekiranya wang disalurkan kepada individu dan jika bukan untuk kepentingan peribadi pula, perbuatan itu bukan rasuah.
Menurut kenyataan itu lagi, Pejabat Perdana Menteri kini menyerahkan isu berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada ia adalah rasuah ataupun tidak.
Terdahulu, laporan media mengeluarkan dakwaan bahawa Perdana Menteri mengatakan tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi ‘offset’ tidak tepat dan mengelirukan.
Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri memandang serius laporan yang tidak tepat dan tidak mencerminkan kenyataan sebenar Perdana Menteri.
Pihak media juga dinasihati perlu lebih sensitif dan bertanggungjawab kerana berita yang tidak tepat akan menimbulkan kesan yang tidak baik ke atas pemahaman orang ramai mengenai sesuatu isu.
BACA: Ini fakta yang perlu anda tahu tentang AirAsia dalam skandal Airbus SE
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Dr Mahathir
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Media
#menteri
#Perdana Menteri
#Rasuah
#skandal airasia
#Tun Mahathor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan