Cadangan memisahkan peranan klinik dan farmasi dalam pemberian ubat kepada pesakit telah menarik perhatian orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam berkata, kerajaan sedang dalam proses menerima maklum balas daripada orang ramai mengenai isu tersebut.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr H. Krishna Kumar berkata pemisahan fungsi farmasi dan klinik hanya akan berlaku selepas penyusunan semula perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif.

Namun, tambahnya, pada masa ini, terdapat kekurangan ahli farmasi terutama sekali di kawasan luar bandar.

Persoalannya, wajarkah pemberian ubat menjadi fungsi eksklusif kepada farmasi berbanding cara biasa sekarang di mana klinik dibenar memberikan ubat kepada pesakit?

Nyatakan pandangan anda berhubung perkara ini melalui undian di bawah.