Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa ada usaha daripada pihak luar menawarkan 'upah' RM50 kepada pengundi tegar parti itu supaya memangkah BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Tawaran berkenaan, kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, diberikan kepada pengundi BN melalui panggilan palsu.
“Saya dihubungi dan diberitahu ada usaha yang dilakukan menelefon pengundi-pengundi yang mana mereka tahu itu semua pengundi tegar Barisan Nasional.
“Mereka akan dibayar dengan duit dan saya sudah minta mereka membuat laporan polis kerana saya rasa ini merupakan satu cara untuk memburukkan nama dan memerangkap Barisan Nasional,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di Rantau, Negeri Sembilan pada Khamis.
Katanya, BN tidak pernah ada niat untuk memancing undi dan makan serta minum di bilik gerakan juga tidak dibenarkan kerana ia merupakan satu kesalahan.
"Mereka telefon dan kata boleh ambil RM50. Saya telah minta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) siasat.
"Kita nak nafikan bahawa isu ini bukan mainan BN. Ada pihak yang nak mencemarkan nama BN,” jelasnya.
Sehingga semalam, terdapat antara lima hingga enam individu mengakui telah menerima panggilan tersebut.
Kejadian itu difahamkan telah berlaku sekitar dua hingga tiga hari lalu.
Sahlizah Mohamed
Thu Apr 04 2019
Mohamad Hasan berbual dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon di Bilik Gerakan Utama BN di Rantau, Negeri Sembilan pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
'Upah' RM50 jika pangkah BN, Tok Mat dakwa pengundi BN diperangkap
Tok Mat dakwa ada usaha daripada pihak luar menawarkan 'upah'RM50 kepada pengundi tegar parti itu supaya memangkah parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.