Bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau percaya sebarang operasi berkaitan SRC International memerlukan persetujuan “pihak atas” iaitu Datuk Seri Najib Razak.
Saksi ke-42 itu berkata ini kerana bekas perdana menteri itu merupakan ‘Advisor Emeritus SRC’ dan sebarang keputusan Lembaga Pengarah perlu mendapatkan nasihat daripada Najib.
Suboh berkata demikian ketika sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff.
BACA: "Saya takut sebab Datuk Seri Najib masih PM" - Suboh
Jelas beliau, Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Amir bertindak sebagai “penghubung” di antara Lembaga Pengarah dan Najib.
“Tindakan melaporkan sebarang perbincangan atau keputusan berkaitan SRC akan dibuat oleh Nik Faisal sahaja kepada Najib.
“Saya berpendapat sedemikian kerana kerap kali berlaku keadaan di mana sekiranya terdapat surat atau dokumen yang ditujukan secara khusus kepada Najib, Nik Faisal akan menyatakan bahawa surat atau dokumen tersebut akan dibawa oleh beliau sendiri,” katanya ketika membaca pernyataan bertulis saksi.
Suboh menambah beliau juga pernah menimbulkan persoalan berkenaan isu “due diligence” SRC International serta pertimbangan untuk projek pelaburan syarikat tersebut.
“Nik Faisal selalu akan membalas dengan menyatakan perkara tersebut telah dibincangkan dan dipersetujui oleh 'pihak atas'.
"Pada pendapat saya, 'pihak atas' yang dikatakan oleh Nik Faisal adalah merujuk kepada Datuk Seri Najib,” katanya.
Suboh mengambil contoh dengan merujuk dua Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah SRC yang masing-masung diadakan pada 23 Ogos 2011 dan 13 September 2011.
Mesyuarat itu membincangkan mengenai cadangan pelaburan wang pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pelaburan di Indonesia.
Ujarnya, sebagai Pengarah SRC International beliau bertanggungjawab untuk memastikan wang syarikat itu dilabur dengan baik.
“Saya sedia tahu yang Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri telah melantik saya sebagai salah seorang Pengarah SRC dan oleh itu beliau juga mempunyai kuasa untuk memecat saya.
“Saya sedar dan mengetahui bahawa kuasa mutlak untuk hire dan fire mana-mana ahli Lembaga Pengarah SRC adalah terletak di tangan Datuk Seri Najib.
“Walaupun terdapat tindakan SRC yang pada pendapat saya tidak wajar, saya tidak meletakkan jawatan kerana saya rasa bertanggungjawab untuk dana SRC yang telah dilaburkan di luar negara,” katanya.
Najib didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali disambung semula pada 1 Julai ini.
Hasimi Muhamad
Thu Jun 20 2019
Suboh berkata beliau percaya sebarang operasi berkaitan SRC International memerlukan persetujuan -pihak atas- iaitu Najib. -Gambar fail
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Urusan operasi SRC perlu persetujuan Najib - Bekas Pengarah
Saksi ke-42 itu berkata ini kerana bekas Perdana Menteri itu merupakan Advisor Emeritus SRC dan sebarang keputusan Lembaga Pengarah perlu mendapatkan nasihat daripada Najib.
Anugerah Ikon Pesara iktiraf pesara sektor awam
KWAP perkenalkan Anugerah Ikon Pesara (AIP) iaitu anugerah pertama di Malaysia yang meraikan pencapaian pesara sektor awam.
CEO KWAP mengaku pinjaman SRC paling besar
KWAP mengakui, pinjaman RM4 bilion oleh SRC International Sdn Bhd merupakan pinjaman terbesar dipersetujui oleh agensi persaraan itu.
MyPesara bantu pesara rancang masa hadapan lebih efektif melalui Program Manfaat
Aplikasi eksklusif MyPesara yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] dapat membantu anda membuat persiapan bagi menempuh alam persaraan.