Usul dan resolusi percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dibenarkan dibawa ke dalam sidang Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamed Ariff Yusof menerusi surat balasan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu, usul tersebut tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

"Ia mempertikaikan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan Perdana Menteri.

"Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dibawa ke dalam majlis mesyuarat," katanya.

BACA: Shafie Apdal sahkan surat usul percaya ke atas Tun M

BACA: Ya, Tun M ada hantar surat kepada Yang Dipertua tapi...

Beliau berkata demikian dalam isi kandungan surat kepada Ketua Menteri Sabah pada 5 Mei, Selasa yang tular di media sosial.

Terdahulu, Mohamed Ariff mengesahkan kepada Astro AWANI beliau telah menerima surat daripada Mohd Shafie.